Ini Senarai Penuh 12 Lagu Yang Bakal Berentap Di Anugerah Juara Lagu Ke- 34

Selepas 3 minggu berturut-turut berentap di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik, akhirnya 12 lagu berjaya mara ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-34.

Anugerah Juara Lagu Ke-34 diramalkan bakal berlangsung pada Januari depan dilihat membariskan 12 penyanyi terbaik bersama lagu, penyanyi dan komposer terbaik.

Pengumuman 12 lagu yang berjaya oleh pengacara Sherry dan Haziq

Senarai keputusan itu telah diumumkan oleh gandingan pengacara Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni (Hot FM) pada pentas minggu terakhir Semi Final Muzik Muzik 34 (SFMM34) di Sri Pentas 2, Shah Alam, malam tadi.

Untuk edisi kali ini, lagu nyanyian Naim Daniel iaitu Sumpah dan lagu dari Aina Abdul antara 12 lagu yang berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-34.

Turut tersenarai Ragaman dan Anta Permana

Sementara itu, turut tersenarai adalah lagu Anta Permana nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dinyanyikan oleh Bob Yusof dan Ragaman nyanyian asal Faizal Tahir yang dinyanyikan Fairuz Misran.

Pada pentas Anugerah Juara Lagu kali ini, antara muka baru yang pertama kali berentap adalah Aina Abdul, Naim Daniel dan Kugiran Masdo.

Diadili juri profesional negara

Kesemua lagu yang layak diadili barisan juri profesional yang dibarisi Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer selaku ketua juri.

Senarai penuh 12 lagu Anugerah Juara Lagu Ke-34

Ini senarai penuh lagu, penyanyi, komposer dan penulis lirik yang telah berjaya melayakkan diri ke AJL34.

1. Drama
Penyanyi: Drama Band
Komposer: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib
Penulis lirik: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib

2. Ku Bersuara
Penyanyi: Ernie Zakri
Komposer: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham
Penulis lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham

3. Anta Permana
Penyanyi: Bob Yusof
Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Penulis lirik: Hael Husaini, Ezra Kong

4. Sumpah
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis lirik: Aina Abdul

5. Lembah Kesepian
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli
Penulis lirik: Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran

6. Sumpah
Penyanyi: Naim Daniel
Komposer: Naim Daniel, Omar K
Penulis lirik: Naim Daniel

7. Peneman
Penyanyi: Hazama The Penglipurlara
Komposer: Tam
Penulis lirik: Tam

8. Dinda
Penyanyi: Kugiran Masdor
Komposer: Ali Sariah
Penulis lirik: Ali Sariah

9. Bangun
Penyanyi: Aman RA
Komposer: Navigator
Penulis lirik: Aman RA

10. Kisah Cinta Kita
Penyanyi: Hafiz Suip
Komposer: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali
Penulis lirik: Datuk A. Aida

11. Ragaman
Penyanyi: Fairuz Misran
Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo
Penulis lirik: Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan

12. Rampas
Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Hang Nadim, Laq
Penulis lirik: Bunga Cantik

Pada peringkat Separuh Akhir Muzil-Muzik 34, sebanyak 30 lagu layak dipertandingkan dan 12 lagu terbaik telah dipilih.

Semua 30 lagu yang layak masuk ke Separuh Akhir telah dinilai berdasarkan 60% penilaian juri profesional dan 40% lagi menerusi undian peminat.

Tahniah kepada lagu, penyanyi, komposer dan penulis lirik yang telah berjaya ke Pentas Anugerah Juara Lagu Ke-34.