TokTi Beli Rumah Pertama Di Dubai, Asyraf Khalid Luah Kagum Siap Seloroh Tak Perlu Sewa Hotel Lagi

Bila sebut tentang penyanyi kesayangan rakyat Malaysia iaitu Tokti atau nama sebenarnya Dato Seri Siti Nurhaliza, pasti ramai yang teruja apatah lagi dia sememangnya memiliki suara yang unik dan merdu.
Iospital phone repair gombak
Bukan sahaja manis dalam berpakaian malah TokTi juga merupakan salah seorang penyanyi yang sangat baik hati dan sopan malah bersih dari kontroversi.

Lebih membuatkan ramai kagum, TokTi juga dikenali dengan sifat yang sangat humble dan tidak bongkak dengan harta yang dia ada.

Baru-baru ini, Asyraf Khalid berkongsi berita gembira memaklumkan ibu tirinya iaitu penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sudah memiliki kediaman pertama di Dubai.

Memetik laporan mStar, Asyraf atau Muhammad Asyraf Khalid, 30, berkata kejayaan yang dimiliki oleh Siti atau nama sebenar Siti Nurhaliza Taruddin, 43, itu menjadi inspirasi dan pemangkin semangat buat dia dan isteri, Tya Ariffin bekerja lebih keras.

“Tahniah Mak Iti (nama panggilan Siti) kerana berjaya memiliki kediaman pertama di Dubai. Saya sangat gembira dan bangga melihat kejayaan Mak Iti.”

“Kejayaan ini juga menjadi inspirasi buat saya dan Tya untuk lebih berjaya,” katanya.

Asyraf akui kagum dengan apa yang dimiliki penyanyi lagu Purnama Merindu itu selepas segala usaha dan pengorbanan sebagai anak seni dan usahawan.

Dalam hantaran itu juga, Asyraf sempat berseloroh tidak lagi perlu menyewa hotel kerana sudah boleh menumpang di rumah ibu tirinya itu.

“Doakan satu hari nanti, saya boleh ikut jejak langkah Mak Iti. Saya doakan Allah akan murahkan rezeki lagi untuk ayah dan Mak Iti.

“Mak Iti memang layak untuk menerima semua ini atas segala usaha dan penat lelah yang dilakukan selama ini. Harapnya lepas ni kalau ke Dubai, dah tak perlulah sewa hotel,” ujarnya.


Terdahulu, TokTi juga ada memuat naik posting di instaStory mendedahkan tentang ruah yang dibelinya di Dubai dan difahamkan rumah jenis kondominium itu terletak di The Address, Dubai Mall.

“Alhamdulillah, home sweet home,” tulisnya ringkas.