“Time nak return kemain lagi” Aksi Robot ‘Mengamuk’ Di Kedai Makan Ini Buat Netizen Terhibur

Selari dengan teknologi yang canggih masa kini, dapat kita lihat kebanyakkan kedai makan sudahpun menggunakan perkhidamatan robot sebagai penghantar makanan.

Selain dapat memudahkan kerja jika terdapat pelanggan yang datang, servis robot ini juga bagus dari segi kesihatan kerana dapat membendung penularan wabak pandemik.

Namun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana geagat sebuah robot penghantar makanan di sebuah kedai makan mengundang dekah ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @tikae23, kelihatan seorang lelaki berada di sebuah Restoran Kapitan Radia Bukit Jelutong, Shah Alam.

Bagaimana pun, dia kemudian dihampiri sebuah robot yang ingin menghantar makanan padanya sambil di skrin tertera ucapan ‘Happy Birthday’.

Apa yang lebih membuatkan lelaki ini tidak dapat menahan ketawa adalah apabila robot tersebut kelihatan melanggar kerusi sehingga terjatuh sewaktu mahu mahu berpusing ke tempat asalnya.

Aksi robot tersebut yang kelihatan seperti sedang marah nyata membuatkan lelaki ini terhibur.

“datang elok dah wish Happy Birhday, time balik mengamuk pula robot ni” katanya

Berikut merupakan video yang tular:

@tikae23 datang sopan jer wish happy birthday… time return tu kemain lg die…. #robotpelayan #robotamikpesanan #robotkedaimamak #robotchallenge ♬ original sound – tkae23^¶®

Ketika artikel iniditulis, video tersebut telah meraih 236.0K tontonan, 28.7 tanda suka, 303 komen dan 379 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tehibur melihat telatah robot tersebut yang kelihatan sangat selamba merempuh kerusi tersbut sehingga jatuh.

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga sempat memberikan pendapat masing-masing dan berseloroh mengatakan mungkin terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan robot tersebut bertindak sedemikian.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Banyak lagi kerja aku nak buat, time ni la kau nak birthday”

“nampak penat dia tu..”

“mungkin ada masalah kt rumah, terbawa2 ke tempat kerja”

“robot pun kerja tak ikhlas”


“tak ikhlas, potong gaji”

“maybe ex dia”

“berlalu tanpa toleh.. ciss”