Tidak Teragak-Agak Untuk Saman, Beto Kusyairi Dan Syamsul Yusof Berang Individu Suka Hati Rakam Babak Filem Mat Kilau

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kini sedang hangat diperkatakan ramai oleh kerana mesej patriotisme yang diterapkan oleh pengarah Syamsul Yusof.

Ramai yang dilihat sudah pergi ke pawagam untuk menonton filem ini. Rata-ratanya berpuas hati dan memberikan komen yang positif!

Dalam pada itu, ada pula individu yang sempat merakam beberapa babak dalam filem hangat tersebut. Bukan itu sahaja, malah dimuat naik ke media sosial!

Umum tahu perbuatan merakam di dalam pawagam adalah dilarang sama sekali dan boleh dikenakan tindakan.

Antara pelakon hebat yang membintangi filem ini iaitu Beto Kusyairi telah menzahirkan rasa marah di Facebook kerana ada segelintir penonton merakam serta memuat naik babak klimaks filem di TikTok.

Yang lebih membuatkan pelakon berusia 42 tahun itu berang, individu tersebut selamba tag namanya di media sosial tanpa rasa bersalah.

“Korang ni pun, janganlah pergi rakam dengan phone babak2 dalam filem Mat Kilau itu.

“Sebelum mula, kan dah pesan dilarang segala aktiviti rakaman. Ni rakam siap masuk tiktok pulak scene2 klimaks,” tulis Beto.

Syamsul Yusof di Instagram turut menyuarakan perkara yang sama. Menurutnya, individu yang didapati merakam babak dalam filemnya akan diambil tindakan serta-merta.

Pengarah itu juga mengingatkan tindakan merakam lebih daripada lima saat adalah dilarang dan merupakan kesalahan undang-undang.

Orang ramai turut diberi amaran agar tidak mengulangi perkara yang sama agar tidak disaman oleh pihaknya.

Dalam pada itu, Syamsul lega apabila filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah mendapat sambutan hangat sejak ditayangkan di panggung kelmarin (Khamis).

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dibarisi oleh pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Ellie Suriaty Omar, Farah Ahmad dan pelakon aksi terkenal Indonesia bertaraf Hollywood, Yayan Ruhian.

Menjengah ke ruangan komen di hantaran yang dibuat Beto, rata-rata mengkritik perbuatan individu yang memuat naik babak filem tersebut di TikTok.

Dalam pada masa yang sama, mereka memuji pelakon dan pengarah filem itu kerana mampu menghasilkan filem yang hebat setaraf antarabangsa!

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Facebook


Video yang tular di laman TikTok

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)