Naikkan Had Umur Pengeluaran Hingga 65 Tahun? Ini Kenyataan Penuh KWSP

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menarik perhatian ramai.

Kenyataan tersebut adalah mengenai kenaikkan had umur untuk membuat pengeluaran penuh wang KWSP.

Cadangan had pengeluaran penuh simpanan hingga 65 tahun

Difahamkan, pengesahan tersebut adalah susulan terdapat laporan berita yang menyatakan cadangan dari Bank Dunia agar had umur pengeluaran penuh simpanan persaraan dinaikkan beransur-ansur sehingga umur 65 tahun.

Cadangan tersebut bertujuan untuk simpanan kekal bertahan lebih lama dan orang ramai dilihat terkesan dengan cadangan tersebut.

KWSP, bagaimanapun, berkata pihaknya mengambil maklum cadangan Bank Dunia itu untuk pengeluaran penuh simpanan dalam Akaun 1 dan 2 KWSP.

Tiada sebarang perbincangan untuk naikkan had umur pengeluaran penuh

Ekoran dari penularan berita tersebut, pihak KWSP telah mengeluarkan kenyataan merujuk kepada isu berkenaan.

“Kami ingin memaklumkan bahawa tiada sebarang perbincangan dibuat untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran penuh 55 tahun”.  

Memetik laporan Harian Metro pula, “KWSP ingin memaklumkan kepada ahli bahawa pada ketika ini tiada sebarang perbincangan diadakan dengan mana-mana pihak untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran tersebut,” menurut dana persaraan itu dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Kepentingan ahli KWSP sentiasa dilindungi

KWSP sentiasa mengambil langkah secara berhemat dalam menetapkan sebarang polisi penting termasuk menjalankan kajian mendalam dan mengadakan rundingan bersama ahli serta pihak berkepentingan lain.

“Langkah ini bertujuan memastikan kepentingan ahli sentiasa dilindungi dalam melaksanakan mandat KWSP,” katanya.

Semoga kenyataan yang diberikan oleh pihak KWSP telah merungkai segala persoalan yang menjadi kebimbangan orang ramai.