Tiada Kawan India, Rumah Lelaki Ini Meriah Dengan Kawan Melayu Ketika Deepavali

Sering kita lihat ramai yang berkawan mengikut kelompok agama masing masing, namun masih ada yang bersahabat dengan individu yang beragama lain kerana agama bukan pengukur untuk kita bersahabat.

Iospital phone repair gombak

Apatah lagi bila kita berada di dalam negara yang berbilang kaum dan aman makmur, pastinya kita tertarik untuk mengetahui budaya lain malah ada juga yang menyambut perayaan kaum lain dengan cukup meriah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana rumah lelaki berbangsa india ini dipenuhi dengan rakan-rakan berbangsa melayu ketika sambutan hari Deepavali mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @hareeshravi, dapat kita lihat rumahnya sangat meriah dengan tetamu yang berlainan bangsa malah mereka juga menjamu selera beramai-ramai mengalahkan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, dia tidak mempunyai rakan berbangsa India, oleh itu dia memilih untuk menjemput rakan-rakan Melayu sebagai tetamu di rumah terbukanya ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat lelaki itu yang mempunyai persahabatan yang sangat baik dengan yang lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dimana mengambut hari perayaan atau hari penting bersama rakan yang berlainan bangsa.

Antara komen warga maya:

“sama lah macam rumah saya…tiap kali krismas ruma penuh dengan member melayu…kawan-kawan anak semua siap panggil kita amma…”

“patut lah pun fasih cakap melayu…geng ramai…jaga persahabatan elok-elok ya dik…”


“dulu saya ada kawan baik india…tiap kali balik sekolah bau kari umah dia fuh sedap mak dia selalu ajak makan…’ no worries ini ayam beli dekat giant’ rindu…”

“happy deepavali dik…untung awak…ada gak nak datang rumah awak, akak takde siapa nak ajak datang…”


Video yang tular di laman TikTok:

@hareeshravi_SAMBUT HARI DEEPAVALI ❌ SAMBUT HARI DEEPAVALI X HARI RAYA ✅♬ original sound – RH