“Tempat akan jadi gelap..” Siapa Jaga Konti Tengah Malam Tanpa Penyampai? Rupa-Rupanya..

Terdahulu pernah tular di media sosial dimana konti radio-radio di Malaysia seperti Sinar FM, THR Gegar, Era FM dan banyak lagi rupa-rupanya di bawah satu bumbung malah siap lepak setable lagi!

Iospital phone repair gombak

Seperti yang tular baru-baru ini, netizen tertanya-tanya siapakah yang menjaga konti radio pada tengah malam?

Ini kerana selepas jam 12 tengah malam tiada lagi penyampai radio yang bertugas di konti namun lagu dan iklan terus menerus dipasang tanpa henti hinggalah jam 6 pagi.

Pada pukul 6 pagi, barulah ada penyampai radio tiba untuk menghiburkan pendengar.

Seakan menjawab peraoalan orang ramai, Shah Gegar akhirnya mendedahkan siapa yang menjaga konti pada waktu malam.

Menerusi laman TikToknya, akan ada seorang atau dua orang jurutera akan menjaga di konti radio malah dia juga sempat membuat sedikit tour dengan menunjukkan keadaan sekitar konti radio di malam hari yang sunyi sepi.

Bagaimanapun, dengan lampu yang dipasang, keadaan konti pada waktu malam kelihatan sangat cantik.

Meninjau di ruangan komen, ramai dikalangan warga netizen baru tahu perkara tersebut bahkan ada juga yang bertanya sama ada wujud kisah seram atau tidak pada waktu malam.

“Bang ada pengalaman seram dalam konti tak..”- Netizen

Antara komen warga maya:

“maksudnya, lagu-lagunya memang auto jamming ke bang sekali dengan iklan-iklannya tak macam radio RTM yang ada DJ bertugas midnights sampai 6 pagi..”

“dulu masa kecik-kecik setiap kali radio putar lagu…aku ingat kan artis tu pergi konti datang nyanyi…”


“bang… tolong tanya geng-geng engineering tu, jaga time malam ada apa-apa yang mistik pernah jadi tak?…”

“ada lagi ke radio yang time pukul 12 malam pasang lagu remix yang rancak-rancak sampai ke pagi…dulu jalan jauh malam-malam suka layan sebab hilang mengantuk…”

Video yang tular di laman TikTok:

@shah_gegar Replying to @akief_shaari 12malam Sistem Siapa Jaga??? #fyp #fypシ #terjahstudio #astro #pedagangsuara #kakisuara ♬ Horror Sound Music – Mauro Rawn