“The real buta map” Salah Kiblat Ketika Solat, Rakan Selak Langsir Tunjuk Ka’abah Buat Lelaki Ini Termenung Undang Tawa Netizen

Kiblat merupakan syarat sah solat dan dlam erti kata lain, tidak sah sesebuah solat itu jika tidak menghadap ke arah kiblat iaitu merujuk ke suatu tempat dimana bangunan Ka’bah di Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi.

Terdahulu, ramai yang menggunakan pengetahuan ilmu bintang dan matahari untuk menentukan arah kiblat namun kaedah tersebut dilihat kurang efektif setelah adanya kompas.

Namun kini, dengan adanya pelbagai kecanggihan, semuanya dihujung jari, pelbagai applikasi yang ada untuk kita menentukan arah kiblat dan tidak perlu risau walau dimana jua kita berada, kita tetap mampu untuk menunaikan solat.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki ini menegur rakannya yang sedang solat kerana tersalah menghadap kiblat mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ftur_10, kelihatan mereka sedang berada di dalam sebuah bilik dan salah seorang diantara mereka sedang menunaikan solat.

Bagaimanapun, tiba-tiba rakannya menegur lelaki yang sedang solat tersebut kerana tidak mengikut arah kiblat yang betul sambil menyelak langsir bilik itu.

Sudah terang lagi bersuluh dimana arah kiblat yang sepatutnya dia hadap ketika solat namun masih melakukan kesilapan, rakannya itu hanya mampu ketawa melihat rakannya yang masih keliru dengan kesilapan sendiri.

Video yang tular di laman TikTok:

@ftur_10 udah didepan mata Masi aja salah kiblat #arabkocak ♬ الصوت الأصلي – سلمان 😇

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 13.2M tontonan, 1.1M tanda suka, 5711 komen dan 16.6K perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat lelaki tersebut yang boleh tersalah kiblat sedangkan ianya sudah terang-terang berada di depan mata.

Dalam masa yang sama, para netizen juga terkasima melihat keindahan tanah suci Mekah yang begitu cantik dan indah apatah lagi jika berpeluang untuk duduk di hotel yang dapat melihat suasana mekah.

Berikut merupakan komen warga maya: