Tetap Tunaikan Kewajipan, Penumpang Solat Berjemaah Dalam Train Buat Ramai Tersentuh

Solat merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan oleh semua umat islam dan tidak ada seorang pun terkecuali untuk melakukannya cuma ianya mempunyai beberpa kelonggaran buat mereka yang uzur seperti sakit dan wanita yang sedang dalam tempoh haid atau nifas.
Iospital phone repair gombak
Selain daripada alasan tersebut, perlulah kita menunaikan solat seperti yang diperintahkan dalam apa jua keadaaan sekali pun.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang penumpang train komuter berkongsi momen ketika penumpang lelaki berjemaah telah meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok iaitu @bentengsejagat, kelihatan dia menunjukkan situasi ketika para penumpang lelaki muslim berjemaah untuk menunaikan solat Subuh.

Walaupun perlu bangun seawal pagi untuk pergi ke kerja ataupun menguruskan hal seharian namun ianya tidak menjadi penghalang untuk meniggalkan solat subuh.


“Solat Subuh dalam train komuter. Butterworth – Padang Besar. Situasi ini setiap pagi, bagi mereka yang ulang alik Kerja dengan menggunakan KTM Komuter ini.” ujarnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terharu kerana walaupun mereka berada di dalam train namun tetap tidak melupakan kewajiban mereka sebagai seorang muslim.

“My husband and ayah dah pernah merasa mcm ni. Alhamdullilah, sampai waktu solat auto semua keluarkan sejadah masing-masing. Dah tau rutin” – Warganet

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mencadangkan pihak komuter adakan suatu ruang khas atau sebuah cabin hanya untuk solat bagi memudahkan penumpang untuk menunaikan salah satu rukun Islam itu.

Antara komen wargamaya:

‘First time naik ets Arau-SP subuh2, terkedu plus sebak bila tengok ramai2 solat dalam train”

“Ya Allah limpahkan rezeki mereka kerana tidak melupakanMu dalam urusan pekerjaan harian”


“Minta train sediakan ruang khas untuk solat kalau boleh”


Video yang tular di laman TikTok:

@bentengsejagatSolat Subuh dalam train komuter. Butterworth – Padang Besar. Situasi ini setiap pagi, bagi mereka yang ulang alik Kerja dengan menggunakan KTM Komuter ini. 😊

♬ original sound – Founder Misi