“Jimat tenaga, jimat kos” Tiada Majlis Mewah, Gadis Sempoi Bertunang Di Restoran Jadi Inspirasi

Majlis pertunangan adalah masa dimana kedua-dua belah pihak berkenalan antara satu sama lain dan berbincang tentang persiapan perkahwinan. Antara perkara yang dibincangkan ialah tarikh akad nikah, bersanding dan bertandang serta nilai wang hantaran.
Iospital phone repair gombak
Tidak dinafikan, zaman sekarang sudah ada yang membuat majlis pertunangan secara besar-besaran dan gah seperti hendak bersanding punya level pun ada!

Namun pun begitu, ada juga yang lebih gemar untuk melakukan majlis pertunangan secara kecil-kecillan, bahkan terdapat juga diantara kita yang lebih selesa jika majlis pertunangan dihadiri ahli keluarga sahaja.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pasangan ini ‘melangsungkan’ pertunangan secara sederhana di sebuah restoran mencuri tumpuan ramai.

Manakan tidak, tiada pelamin yang vogue mahupun hantaran melainkan sebentuk cincin yang menjadi tanda pengikat sebelum menuju ke fasa halal sebagai pasangan suami isteri.


Menerusi perkongsian di laman Twitter @nabsaurus, kos perbelanjaan amat berbaloi apabila dibandingkan dengan makanan yang sedap dan mewah, dengan suasana yang mendamaikan. Ia hanya menelan kos sebanyak RM1282.40 sahaja untuk 12 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak.

“Majlis bertunang yang dihadiri oleh keluarga saya dan keluarga suami. Suka gila hari tunang macam pergi shopping je.”

“Rumah tak payah kemas. Makan orang masak dan hidang. Tinggal order je nak apa. Kalau malas dan tak nak spend banyak untuk bertunang, saya rekomen dapatkan private room di Restoran Serai KL East Mall, Kuala Lumpur ni,” jelasnya dalam ciapan pengalaman bertunang di restoran.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan cara wanita ini dan akui ini akan menjimatkan lagi kos dan wang yang ada boleh digunakan untuk majlis perkahwinan kelak.

Antara komen wargamaya:

Video yang tular di laman Twitter: