Tersadai 19 Jam Tepi Lebuhraya & Kebuluran, Wanita Luah Rasa Terharu Ramai Datang Hulur Bantuan

Amalan saling bantu membantu antara satu sama lain mampu meringankan beban mereka yang mengalami kesusahan.

Iospital phone repair gombak

Tidak akan ada mana-mana individu yang mampu hidup tanpa bantuan orang lain dan sokongan daripada orang sekelilingnya.

Kisah yang sama berlaku pada sebuah keluarga yang dikatakan tersadai kerana trelet yang dinaiki mereka mengalami kerosakan di Lebuhraya Utara Selatan.

Menerusi video yang tular di laman TikTok, Halimatun Saadiah, 26, difahamkan pada waktu itu sedang menuju ke Johor dari rumah mereka di Sungai Petani, Kedah bagi menemani suaminya yang bekerja sebagai seorang pemandu treler.

Lapor MStar, anaknya juga turut mengikuti mereka dalam perjalanan ke Johor itu.

“Untuk perjalanan tu suami pinjam treler kepunyaan kawan dia.

“Treler kawan di tu brand new dan akan digunakan dalam perjalanan jauh macam kami nak ke Johor hari itu. Treler suami agak lama dan kami tak berani gun kalau long distance.

“Nak dijadikan cerita, treler kawan suami itu tiba-tiba rosak apabila dekat highway di Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang.

“Rosak sebab bearing pecah,” katanya.

Keadaan bertambah lagi teruk apabila kebanyakan bengkel pada waktu itu tutup dan para mekanik sedang sibuk bercuti pada hari Natal.

Difahamkan, mekanik daripada company suaminya itu ada akan tetapi barang gantinya pula tiada.

Menurut Halimatun, barang ganti itu perlu di-order terlebih dahulu tapi tidak sempat.

Jadi perlu tunggu majikannya bawa spare part, itu yang memakan masa yang agak lama.

“Treler rosak dalam pukul 3 pagi macam tu, selesai repair semua dan boleh bergerak semula pukul 10 malam keesokan harinya. Hampir seharian kami dekat tepi lebuhraya,” luah Halimatun.

Situasi menjadi agak merunsingkan buat mereka sekeluarga kerana tiada bekalan makanan yang dibawa untuk mengharungi penantian yang lama itu.

Dikatakan, treler itu dipinjam oleh suaminya ‘last minute’ oleh hal demikian Halimatun tidak sempat memindahkan sebarang makanan ke dalam treler berkenaan.

Mereka harus menahan rasa lapar sehingga 19 jam sambil menunggu barang ganti itu sampai.

Tidak sampai hati melihat anaknya berada dalam kelaparan, Halimatun bertindak menggunakan platform media sosial untuk mendapatkan bantuan demi anaknya.

Ekoran itu, orang ramai datang membantu keluarga kecil tersebut dengan membawakan bekalan makanan serta minuman kepada mereka.

Halimatun berasa syukur kerana tiba-tiba video tersebut boleh ‘meletup’, dan akhirnya mereka menerima begitu banyak bantuan daripada orang awam.

Sehinggakan terlalu banyak makanan yang diterima, Halimatun mengeluarkan kenyataan untuk berhenti menerima sebarang bantuan lagi di TikTok kerana takut berlebihan makanan.

Halimatun meluahkan rasa terharunya kerana walaupun tiada sesiapa yang dikenalinya di kawasan itu, mereka masih berhati mulia menghulurkan bantuan buat mereka sekeluarga.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen rata-ratanya gigih ingin menghulurkan bantuan buat mereka dan ada yang bersyukur kerana sikap prihatin masih ada dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara komen netizen:

“alhamdulillah…ini y aku sgt bangga dgn 🇲🇾…tk kenal…bkn saudara pun tp syg prihatin…saudara sesama islam 🥰🥰”


“Baru tgk vtt ni. Dah ada makanan ke belum tu. Klu tak ada saya datang bawa makanan utk tghr ni.”

Video TikTok yang tular:

@achuuu_14 Tlong pnjgkan vtt ni . Selalu akan standby mkanan dalam lori . Tapi disebabkan tukar lori so takda makan spare 🙏 #fyp #lorirosakbrek #fypシ ♬ suara asli – hierapsz.