Geram Jalan Gagal Diturap Dengan Betul, Ahli Parlimen Hulu Langat ‘Hentam’ Kontraktor

Isu jalan berlubang di negara kita bagaikan tiada penghujung malah ada juga kes kemalangan direkodkan gara-gara jalan yang rosak dan berlubang.
Iospital phone repair gombak
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan turun padang demi menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap keadaan jalan di kawasannya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @jllmisai, kelihatan Sany Hamzan yang pada ketika itu menggunakan tongkat sedang berhadapan dengan beberapa orang yang dipercayai kontraktor yang ditugaskan untuk menurap jalan di sekitar kawasan beliau.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah kedengaran suaranya yang agak tinggi mempersoalkan hasil kerja individu terbabit sambil menunjukkan keadaan jalan yang rosak serta berlubang.


Beliau juga menegaskan perkara tersebut boleh menyebabkan kemalangan jalan raya sekaligus memberikan tempoh selama seminggu untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Sany Hamzan turut memberi amaran jika tiada apa-apa tindakan yang dibuat, beliau sedia untuk ‘menghentam’ mana-mana individu atau institusi yang bertanggungjawab.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan ketegasan ahli parlimen Hulu Langat tersebut malah akui kondisi jalan disitu sangat teruk.

Bukan itu sahaja, netizen berharap sikap peduli Sany Hamzan itu dicontohi oleh Ahli Parlimen yang lain bagi membendung jalan berlubang di negara ini.

Antara komen warga maya:

Perkongsian yang tular: