“Terpaksa habiskan 13 ke15 jam untuk capai target!” Kerja Food Rider Sedang Tenat, Abang Ini Minta Anak Muda Fikir Masak2 Sebelum Join

Dua ke tiga tahun lalu, pekerjaan sebagai penghantar makanan boleh dikatakan menguntung apabila pendapatan seseorang rider itu mampu untuk mencapai beribu-ribu untuk sebulan.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, kerja rider makanan sekarang sudah tidak berapa diperlukan lagi memandangkan tiada lagi PKP yang memerlukan khidmat mereka. Selain itu, bilangan rider makanan yang semakin bertambah turut menjadi punca kurangnya pendapatan mereka.

Baru-baru ini, seorang rider makanan berasa terpanggil untuk meluahkan perasaannya secara tidak langsung memberi nasihat kepada anak-anak muda yang bercadang mahu menjadi rider.

Menurut video yang dimuat naik oleh lelaki yang menggunakan nama @wak_east di TikTok ini, dia yang juga seorang penghantar makanan akui risau apabila ramai golongan muda yang menunjukkan minat dengan pekerjaannya.

Mereka hanya melihat pada sisi positif di mana perlu memiliki motosikal dan lesen, menghantar pesanan ke lokasi pelanggan dan waktu bekerja fleksibel. Namun, ramai yang tidak tahu keperitan di sebalik pekerjaan ini.

Kata lelaki itu, walaupun pekerjaan ini nampak mudah, sekarang sangat memenatkan. Tambahan pula orang ramai sekarang sudah boleh keluar tanpa sebarang sekatan jalan raya, seperti yang terjadi pada dua tahun lalu ketika PKP.

Oleh itu, permintaan untuk perkhidmatan penghantaran makanan semakin berkurangan menyebabkan pekerjaan sebagai rider makanan sangat ‘tenat’.

Bukan itu sahaja, waktu bekerja lebih kepada menunggu pesanan masuk berbanding menghantar makanan. Malah, mereka juga terpaksa bekerja selama 13 hingga 15 jam semata-mata untuk mencapai target.

Prihatin dan cakna tentang masa depan anak-anak muda, lelaki ini menasihati mereka untuk fikir masak-masak dan mencari pekerjaan tetap yang mampu menjamin masa hadapan.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 20 saat yang dikongsikan ini telah berjaya meraih tontonan sebanyak 51.9 ribu dan mendapat 1185 tanda suka!

Melihat reaksi netizen di ruangan komen, mereka yang bekerja sebagai penghantar makan turut melalui perkara yang sama. Mereka berpendapat ini berpunca kerana ramai yang ingin menjadi rider sehingga punca pendapatan mereka terjejas.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“betul bang ..terlalu ramai rider lepasan spm…dulu 11-3 sambung 6-9 rm150 skang hurm tah lah nk jejak 100 sakit wo”


“betol tu bos ..shopeefood skrg nk cari 100 ringgit sehari pon tak dapat dah . 50 ringgit pon tenat !!🥺🥺😔”

“ye weh 😂 pernah sehari 3 order je shopee. menyirap seyh aku”

“carilah pekerjaan yg boleh dimanafaatkan bukan kita dimanafaatkan”

“bukan order kurang…..rider terlalu ramaiiii……”

Video yang tular di laman TikTok

@wak_east Geng Rider tengah tenat sekarang #fyp #foodrider #hustle #fypシ ♬ suara asli – Danzz? 🎟