Tahniah! Ryan Bakery Kini Bergelar Suami Kepada Elyia Ibrahim

Namanya tak perlu diperkenalkan lagi, sebut saja Ryan Bakery, satu Malaysia tahu pemuda yang suka membuat content mengimbau zaman ketika kanak-kanak dahulu di platform sosial TikTok.

Iospital phone repair gombak

Bermula di TikTok, Ryan yang juga berpersonaliti kelakar kini sering dilihat muncul di kaca televisyen sebagai jemputan di stesen besar, termasuklah baru-baru ini di MLS 3 (Muzikal Lawak Superstar 3).

Alhamdulillah, hari ini Ryan Fahmi Bakery dikhabarkan selamat bernikah dengan buah hati pilihannya, Elyia Ibrahim pada jam 11 pagi tadi selepas lima bulan bertunang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ryanbakery (@ryanfahmibakery)

Video dan gambar majlis pernikahan personaliti TikTok berusia 27 tahun itu mula membanjiri beberapa platform media sosial terutamanya  TikTok oleh netizen.

Dalam pada itu, adik lelaki Ryan, Adam Bakery turut tumpang bahagia atas pernikahan abangnya dan telah memuat naik satu hantaran di Instagram dengan ucapan Selamat Pengantin Baru berserta emoji sebentuk cincin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adambakery (@adambakery_01)

Seorang pengguna aplikasi TikTok @multazamnasir yang diundang ke majlis tersebut sempat merakam ucapan daripada Ryan selepas bergelar suami.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu, Ryan dan isteri yang dilihat mengenakan persalinan serba putih meninggalkan pesanan ‘teruskanlah hidup walaupun tidak berguna’ sambil ketawa.

Selain mengucapkan tahniah kepada Ryan dan pasangan, netizen tumpang gembira kerana influencer itu selamat disatukan dan sah menjadi suami isteri.

Manakala seorang lagi influencer di Instagram yang terkenal dengan tagline, “Let’s go”, Aiman Salim atau lebih dikenali sebagai Bang Man, turut selamat bernikah dengan pilihan hati pada pagi tadi.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter

Video yang tular di laman TikTok

@multazamnasir Kata kata untuk orang single daripada @ ♬ original sound – MulNas Legacy