Kos hidup yang semakin tinggi yang kian terasa kini sememangnya buat ramai ‘pening kepala’. Manakan tidak, dahulu jika bawa RM50 ke pasar, penuh satu troli barangan dapur.
Tapi kini, kalau bawa RM50, mungkin 1 atau 2 barang dapur sahaja yang boleh diperolehi. Hal ini juga membuatkan ramai peniaga makanan perlu mengeluarkan modal yang lebih untuk berniaga membuatkan harga jualan juga perlu dinaikkan.
Jadi tidak hairan lah kalau ramai yang memilih untuk makan ‘nasi bujang’ iaitu nasi berlaukkan telur dan sup kosong bagi mengikat perut serta berjimat.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang individu berkongsi harga makanan yang dipesan mencuri perhatian ramai.
Difahamkan dia tidak menyangka malah terkejut dengan jumlah makanan yang berharga RM7 itu.
Dapat dilihat dia memesan nasi putih, telur dan dan sirap ais dan semuanya berharga RM7. Nasi putih berharga RM2, telur dadar pula berharga RM2.50, manakala sirap ais pula berharga RM2.50.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terkedu melihat harga nasi bujang pada masa kini bahkan mengatakan harga tersebut boleh dapat nasi berlaukkan ayam serta kuah.
“Kalau harga macam ni baik makan ayam seketul daripada makan ayam yang belum jadi” – Netizen
Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan nampak gayanya mereka perlu bujang sampai bila-bila jika harga nasi bujang begitu.
Manakan tidak, nasi bujang yang dahulunya menjadi makanan utama bagi mereka yang mengikat perut dan berjimat kini harganya meningkat.
Antara komen warga maya:
kalau nasi bujang pon mahal mcm ni, nmpk nya sampai bila2 lah bujang. nak kumpul duit pon tak boleh
— ㄴ•ㅣ•ㅏ⚡️(바보짓하지마!) (@NIA_cinamide) January 30, 2023
Kalau harga macam ni baik makan ayam seketul daripada makan ayam yang belum jadi
— FITRI M. (@me_shellee) January 30, 2023
nasi bujang pon dah harga tu… baik aku makan je tomyam seafood
— (@aazimmmmm) January 30, 2023
Nasi bujang area aku dah start tunang, harga naik rm5 nanti dah jadi nasii kahwin mau rm10
— pinces (@sydtl_afkh) January 30, 2023
Tadi aku mkn nasi bujang ngan air kosong, rm5.00
— “ulul” (@azmispu1) January 30, 2023
Matilanak. Cenggitu je RM7.
— ︎︎︎︎︎︎︎︎ (@sumbangmambang) January 30, 2023
baik makan nasi goreng kampun siel
— baby (@whit3rose_) January 31, 2023
Perkongsian yang tular di laman Twitter:
— brgsjks (@brgsjks) January 30, 2023