“Nak update dekat bini tu” Gelagat Pakcik Lepak Di Kedai Makan Siap Selfie Bersama Raih Perhatian Netizen

Bak kata orang, kawan sememangnya mudah untuk dicari tetapi sahabat yang ada tatkala susah dah senang sangatlah sukar untuk dijumpai bahkan ada juga yang hanya berkawan untuk kepentingan semata-mata.
Iospital phone repair gombak
Jadi tidak hairanlah jika ada individu yang benar-benar menjaga persahabatan sehingga ke hari tua.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki sempat merakam gelagat pakcik-pakcik di sebuah kedai makan mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @danialnoor, mereka kelihatan sangat seronok berbual di salah sebuah kedai makan.

Namun apa yang lebih menarik tumpuan adalah mereka dilihat sempat berselfie bersama-sama dengan menggunakan sebuah telefon bimbit. Melihat telatah mereka, lelaki itu berasa tersentuh kerana mengenangkan pada arwah ayahnya.


“Semoga pakcik dipermudahkan segala urusan + sentiasa di bawah rahmat allah , i’m just miss arwah ayah” ujarnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sayu melihat gelagat pakcik-pakcik itu kerana teringat orang tua masing-masing terutamanya yang berjauhan dengan ibu bapa.

“nak update kat bini kata keluar lepak dgn kawan-kawan, btw comel jaaa”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga memuji gelagat comel pakcik tersebut ketika bersuafoto malah sempat berseloroh mengatakan mungkin dia ingin menghantar gambar itu pada isteri.

Antara komen warga maya:

“Rasa kesian tapi comel”

“Rindunya ayah”


“Alhamdulillah sweet sangat semoga persahabatan kekal selamanya aminn”

“Tak tau lah everytime tengok pakcik2 macam ni rasa sebak and auto doakan dorang panjang umur”

“Tak boleh tengok macam ni rasa sedih tapi comel je pakcik tu”

“Comey ja.. best nak sahabat sampai tua”

“Suka betul tengok persahabatan macam ni”


Video yang tular di laman TikTok:

@daenialnoorsemoga pakcik dipermudahkan segala urusan + sentiasa di bawah rahmat allah , i’m just miss arwah ayah 🥺😭

♬ suara asli – Hi, ini meme – Meme amelia 🐹

Tiba-tiba rasa sebak.. semoga kita pun dikurniakan sahabat yang sentiasa ada ketika susah dan senang sehingga ke hari tua..