Terkejut Sepinggan Nasi Campur Berharga RM45, Wanita Ini Dakwa Rasa Pelik Harga Lauk Terlalu Mahal

Terdapat pelbagai lauk pauk yang boleh dicuba sewaktu kita menjamu selera di warung Mamak. Walau bagaimanapun, kita seharusnya lebih berhati-hati dalam memilih lauk yang ingin dijamah kerana seperti sedia maklum harganya bukanlah murah-murah.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti satu kisah yang tular di sebuah laman media sosial Xiaohongshu oleh teman wanita lelaki itu, yang mendakwa makanan yang dibeli di suatu kedai Mamak itu sangatlah mahal, lapor Sin Chew Daily.

“Dia tidak percaya.

“Dia terkejut apabila tiba masa untuk membayar — RM45 untuk sepinggan nasi campur!” luahnya terkejut.

Apabila diteliti foto resit tersebut, lelaki itu telah membayar harga makanan yang dikatakan tinggi itu sebenarnya pada 29 Oktober 2021.

Cuma ianya tular semula kerana foto itu telah dimuat naik sekali lagi di platform media sosial mereka.

Berdasarkan foto resit berkenaan, telah dipamerkan bahawa makanan yang dipilihnya ialah sepinggan nasi dengan telur dadar bawang (RM 3) dan ayam daun pandan (RM 4.50).

Manakala hidangan paling mahal yang tercatat dalam senarai tersebut ialah udang petai (RM 10), sotong (RM 8), dan otak-otak (RM 9) yang sebenarnya menambahkan lagi jumlah harga makanan tersebut.

Walaupun nampak berpatutan dan biasa sahaja harga bagi setiap satu lauk itu, dia menyatakan bahawa dia masih berasa pelik kerana udang petai tanpa udang yang kelihatan boleh berharga RM 10, dan empat ketul sotong berharga RM 8.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet tampil memberikan nasihat kepada lelaki tersebut mengenai harga lauk pauk berkenaan.

Antara komen netizen:

“Apabila anda makan di mamak, apa sahaja yang anda lakukan, jangan ambil udang atau sotong. Sebaliknya, ambil ayam, telur, dan sayur-sayuran. Makanan ini adalah benda paling murah di pasaran sekarang.”

“Pertama, ia tidak akan segar. Kedua, walaupun anda ambil sedikit sahaja, ia akan berharga sekurang-kurangnya RM 10.”


“Anda ada sotong, petai udang, ayam, telur, dan otak-otak. Hidangan yang mewah. Kalau anda tidak tahu harga barang semasa ambil makanan, anda boleh makan rumput.”

Oleh itu, difahamkan janganlah ambil lauk pauk seafood ataupun makanan laut jika ingin berjimat cermat makan di warung Mamak.