Seronok Tinggal Di Malaysia, Minah Saleh Beri 5 Sebab ‘Pelik’ Kenapa Suka Malaysia Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Terdahulu pernah tular dilaman sosial dimana seorang wanita luar negara belajar menggunakan air untuk mencuci alat sulit setelah berkunjung ke Malaysia mencuri perhatian ramai.
Iospital phone repair gombak
Akui cara itu lebih bersih berbanding menggunakan tisu, wanita itu terus memasang paip air di rumahnya.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang minah saleh memberi 5 sebab pelik kenapa suka Malaysia telah menarik tumpuan netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @lilithinkl, dia mendedahkan mengapa dia sangat mencintai Malaysia.

Diantara sebab utama adalah dia sangat suka akan hujan kerana di negara mereka jarang untuk hujan malah dia juga memaklumkan view ‘sunset’ di Malaysia sangat cantik.


Dia juga berkongsi suka kepada pembelajaran di sini kerana harganya yang berkemampuan.

Tidak cukup dengan itu, dia turut akui sangat suka dengan slang di Malaysia seperti “la” “ma” “wey” dah juga “meh” ketika bertutur.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberi reaksi yang positif mengenai video tersebut bahkan mengatakan banyak lagi yang menarik perlu teroka di Malaysia.

“Welcome To Malaysia, please discover a lot in Malaysia and enjoy it” – Netizen

Bukan itu sahaja, ramai juga yang memberikan sebab-sebab lain mengapa orang luar perlu berkunjung ke Malaysia dan salah satunya adalah kerana Malaysia kaya dengan pelbagai budaya

Antara komen warga maya:

“Welcome to Malaysia enjoy your life here”

“NO 6! Batik Malaysiaaaaaaaaaa”


“Since you love sunsets, please come to Kota Kinabalu, Sabah.. watch breathtaking sunsets..”

“Hi, thankyou and have a nice day here in Malaysia lah..”

“Morning rain the best.. best time to sleep”

Video yang tular di laman TikTok:

@lilithinkl 5 strange reasons I ❤️ Malaysia #malaysia #kl #kualalumpur #malaysiarain #malaysiasunset #sunsetmalaysia #malaysianslang #malaysianfruit #malaysiafood #malaysianeducation ♬ edamame – bbno$