“Terkejut mendengar panggilan MAK 2 kali” Genap 2 Tahun, Ibu Zulfarhan Berkongsi Rasa Sedih

Sudah dua tahun pelajar UPNM iaitu Allahyarham Zulfarhan telah menghadap Ilahi.

Namun perbicaraan kesnya masih belum selesai di mana keputusan akhir pendakwaan akan dilaksanakan pada 31 Julai nanti.

90 tekapan seterika wap pada badan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia menjadi antara perkara penting dalam hujahan pihak pendakwaan.

Kes ini menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia yang terkesan dengan perlakuan binatang oleh kesemua tertuduh.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, ibu kepada Allahyarham Zulfarhan iaitu Hawa Osman telah meluahkan rasa rindunya pada Allahyarham.

Menurut Hawa, beliau seperti terdengar laungan ‘Mak’ sebanyak dua kali oleh Allahyarham yang dipanggil sebagai Along.

Hawa juga meluahkan betapa rasa kerinduannya pada Along dan mendoakan semoga Along ditempatkan di Syurga.

“Ya ALLAH hari ini GENAP 2 TAHUN arwah ALLONG ZULFARHAN OSMAN BIN ZULKARNAIN meninggalkan kami sekeluarga,

“Pagi ini terkejut mendengar panggilan MAK 2 kali, kali Ke2 jeritan MAK dengan kuat sekali, terus terjaga mencari2 suara, masuk kebilik abg ngah Zul Helmie Idros, tgh tidor,

“sesungguhnya aku merindui mu Along maka ALLAH perdengarkan suara mu . Terima kasih ya ALLAH, terima kasih. Aamiin, Aamin.Semoga Along tenang di syurga. Ya Sayang Mak”


Semoga Allahyarham tenang dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.