“Terkejut beruk paper BM kosong,” Pelajar Hampir Gagal Exam Hanya Kerana Pen Ini

Sebagai pelajar, sudah pasti kita akan bersiap sedia dengan alat tulis seperti pen, pensel, pemadam dan lain-lain apabila menjelang musim peperiksaan.

Terkadang nak masuk dewan peperiksaan mesti bawa lebih daripada 1 pen dek kerana takut kehabisan dakwat dan mengganggu waktu peperiksaan.

Tapi bagaimana pula bila kita ingat pen yang bakal digunakan itu elok belaka, tiba-tiba dakwatnya hilang? Tak ke naya sudah tulis jawapan panjang lebar tiba-tiba dalam kertas jawapan jadi kosong?

Punya lah lama memerah otak tapi dapat tahu kertas jawapan tiba-tiba kosong. Boleh gila di buatnya!

Sama juga dengan kisah yang tular di Twitter baru-baru ini dimana seorang pelajar tingkatan 5 nyaris gagal peperiksaan percubaan SPM Bahasa Melayu gara-gara kertas peperiksaannya tiba-tiba jadi kosong ketika guru sedang menyemak kertas itu.

Difahamkan, gurunya sedang sibuk menanda kertas peperiksaan lalu terjumpa satu kertas peperiksaan yang kosong tanpa jawapan.

Pelajar yang mesra disapa Paan ini bagaimana pun dipanggil oleh gurunya dan memberi ceramah serta kesedaran kepadanya bahawa peperiksaan SPM semakin hampir.

Paan yang berada disitu ketika itu terkejut dan tidak tahu menahu apa yang sedang berlaku apabila dia dimaklumkan kertasnya kosong padahal dia sudah menjawabnya.

Bingung dengan kejadian tersebut maka Paan pun mencari solusi untuk perkara tersebut.

Setelah mencari, dia mendapati rupanya pen tersebut adalah jenis pen friction ball yang ada di jual di mana mana outlet seperti popular, pustaka rakyat dan banyak lagi.

Dikatakan dakwat pen tersebut akan hilang kalau terkena panas namun boleh ‘recover’ balik apabila suhu sekililing bawah -4 degrees.

Berikut merupakan perkongsian mengenai pen tersebut:

Antar komen-komen warga maya: