Terjumpa Semula Kereta Pertama, Nad Zainal Teruja Lihat Kereta Di Tangan Tuan Baru

Setiap individu pasti memiliki sesuatu barang yang berharga serta boleh membangkitkan memori dan kenangan manis malah ia juga mempunyai kesan sentimental terhadap seseorang.

Iospital phone repair gombak

Sama juga ceritanya dengan seorang pelakon hebat Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin ini apabila sebuah video mengenainya tular di laman TikTok sekaligus mencetus pelbagai reaksi warga maya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @bungaorkedrose ini, memaparkan beberapa individu serta Nad Zainal yang sedang berbual mesra bersama pemilik video tersebut di sebuah kawasan kilang.

“Excited dia sebab jumpa balik kereta pertama…” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam hantaran berkenaan pelakon yang berusia 32 tahun itu kelihatan sangat gembira apabila terjumpa semula kereta pertama yang pernah dimilikinya suatu ketika dahulu. Menurut pengguna TikTok ini, kenderaan tersebut sering digunakan oleh Nad Zainal sewaktu zaman belajarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan pelbagai reaksi dengan video berkenaan dan mengatakan mereka turut memahami perasaan teruja Nad Zainal apabila dapat berjumpa semula kereta yang dianggap penuh dengan memori. Bukan itu sahaja, ada juga dilihat memuji sikap rendah diri pelakon ini.

Antara komen warga maya:

“pernah pergi rumah kak nadd zainal,kak nadd memang sporting habis, anak dia mmg chomel…”



“memori jumpa kereta kita yang first…”


“comelnya… nak dgr apa yg korg borak ms first time nad tgk kereta dia…”

“humble jee tengok nad …. best tgok drama kalau di berlakonn.. menjadiii .. soh jelaa berlakon jd ape … mmg menjadi watak die…”

“mesti banyak kenangan nad zainal dengan kereta dia tu…”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@bungaorkedrose Exited dia sebab jumpa balik kereta pertama dia 🥹 #fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – asran keyboard

Sekadar info, Nad Zainal telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihannya Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Fahad Ibrahim dan cahaya mata perempuan anak perempuan, Budi Kalsom.

Namun pada September 2022, Nad Zainal memaklumkan bahawa dia dan suaminya Faliq telah berpisah tetapi tidak mengulas mengenai perceraiannya itu.