“Bertuah dapat didikan awal begini…” Ajar Anak Bersedekah, Sikap Puteri Sarah Raih Pujian Ramai

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak ini sering diibaratkan sebagai kain putih dan hanya ibu bapa serta penjaga yang perlu bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian dan mencorakkan kehidupan mereka di masa yang akan datang.

Iospital phone repair gombak

Sama juga ceritanya dengan seorang pelakon terkenal iaitu Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana binti Megat Kamaruddin ini yang telah mendapat perhatian warganet apabila berkongsikan sebuah video dimana dia mengajar cahaya matanya untuk mempelajari nilai murni dalam bersedekah. Apatah lagi amalan itu juga merupakan perbuatan yang cukup terpuji.

Menerusi hantaran tersebut, memaparkan pelakon yang berusia 36 tahun itu serta kedua-dua anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah bercuti di sebuah taman tema popular Legoland Malaysia, Johor Bahru.

“Teaching my kids to give to someone for no reason at all , Sadaqah…” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam video itu juga, dilihat Sumayyah dan Syaikhul berkongsi rezeki dengan memberikan gula-gula kapas kepada beberapa kanak-kanak yang turut berkunjung ke taman tema berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pujian kepada Puteri Sarah kerana mengajar anak-anaknya bersedekah sejak mereka kanak-kanak lagi. Bukan itu sahaja, mereka juga menyifatkan paras rupa Sumayyah sangat cantik biarpun masih berusia 2 tahun.

Malah ramai yang turut menitipkan doa buat cahaya matanya supaya membesar menjadi anak yang soleh solehah.

Antara komen warga maya:

“Moga anak anak kak Puteri membesar jadi anak yang soleh , solehah dan dapat berbakti buat ramai orang …”



“Kerap jugak dorang dtg legoland ye. Aritu jumpa dorg kt legoland… Anak dye sgt sgt cantik…”


“Alhamdulillah..semoga membesar jadi anak yang soleh dan solehah ya sayang.. bahagiakan ibu awak sebaik mungkin…”

“omaigad she’s sooo pretty… i hope she finds a guy who knows her worth..”

“semoga anak-anak menjadi anak soleh & solehah amin…”


Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@puterisarahliyanaTeaching my kids to give to someone for no reason at all , Sadaqah 🥰♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang Terbaik – Reza Zulfikar