“Semua dia sapu…” Ganti Peserta GV Tak Hadir Rehearsal, Nyanyian Kak Lina Undang Perhatian Netizen

Tahun ini, tidak dinafikan nama Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi semakin melonjak naik dalam dunia hiburan.

Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan malah juga merupakan seorang penyanyi, pengacara, pelawak dan penyampai radio terkenal bahkan dia turut digelar sebagai artis yang serba boleh.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru, Elly Mazlein yang lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom ini mencuri perhatian ramai apabila tular sebuah video dimana telah menggantikan salah seorang peserta Gegar Vaganza yang tidak hadir ketika rehearsal program tersebut.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @nadiaaazainudin ini, memaparkan Kak Lina yang sedang menyanyikan lagu ‘Ku Serah’ oleh Allahyarham Siti Sarah untuk membantu pemuzik.

“peserta tak boleh datang rehearsal? No problem…” tulis pemilik video di ruangan kapsyen.

Meskipun bukan dirancang dan tidak mengiingati lirik lagu berkenaan namun nyanyian oleh pengacara berusia 41 tahun itu tetap enak didengari.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji suara merdu Kak Lina dalam video yang dikongsikan ini.

Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan program Gegar Vaganza musim ke-9 semakin meriah dan kebanyakan penonton juga teruja dengan kehadiran Kak Lina sebagai pengacara.

Warganet turut menyifatkan sejak Kak Lina mengacarakan program tersebut rezekinya semakin melimpah ruah dan mengharapkan agar dia bakal diberi pengiktirafan kerana bakatnya yang serba boleh.

Antara komen warga maya:

“penyanyi, pelakon, pengacara, pelawak, penyampai radio…banyak dia sapu kak lina ni…rezeki melimpah-limpah…”


“harapan bintang paling popular kasi Kak Lina je lah…serba boleh…layak untuk diberikan pengiktirafan…”


“i love her style…biarlah orang nak kata dia gedik apa ke dia berjaya membawa semua dengan baik…caiyok kak kepom…”

“tu cakap…gv9 ni viralnya kak lina yang merata…baik rehearsal..behind the scenes…fancam…semua dia…kita suka…”

“sebenarnya era dia ramai yang suara sedap…dia, liza hanim tapi sebab masa tu Dato Siti memang top yang lain ni tenggelam..MY ni ramai penyanyi suara sedap…”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@nadiaaazainudin peserta tak boleh datang rehearsal? No problem. #gegarvaganza9 ♬ original sound – nadia zainudin