Terima Potret Keluarga Kurniaan DYMM Sultan Selangor & Tengku Pemaisuri, Fazura Titip Ucapan Penghargaan

Selepas berpeluang meraikan majlis sambutan peribadi DYMM Tengku Permaisuri Norashikin sempena ulang tahun kelahiran baginda. hubungan keakraban pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura dengan Pemaisuri Selangor ini semakin diketahui umum.

Sebelum ini juga, Pemaisuri Selangor turut berkenan menonton tayangan filem Mat Kilau bersama mereka malah pernah memberi rantai berlian untuk anak perempuan Fazura.

Baru-baru ini juga kelihatan isteri kepada Fattah Amin ini telah memuat naik gambar bersama baginda yang menghadiri konsert Dewa-19.

Terbaru, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Binti Sharifuddin ini telah meluahkan rasa syukur apabila dihadiahkan sebuah protret dirinya sekeluarga oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor.

Menerusi satu hantaran di laman Instagramnya, dia menitipkan ucapan penghargaan dan rasa terharu atas kurniaan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin.

“Patik sekeluarga merafak sembah serta menjunjung kasih di atas kurniaan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berupa sebuah potret kami sekeluarga yang sangat cantik…Patik sekeluarga berasa sangat terharu dan bersyukur di atas kurniaan yang amat bermakna ini. Kenangan ini amat bernilai buat patik sekelurga dan akan diabadikan selamanya..”

“Junjung kasih Tuanku…”tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira dengan Fazura kerana diberikan potret mereka sekeluarga oleh Pemaisuri Selangor. Bukan itu sahaja, ada yang mendoakan agar pasangan ini bakal dianugerahkan gelaran Datuk dan Datin.

Antara komen warganet:

“Next up Datuk/Datin Fazura. In syaa Allah. Kejayaan adalah untuk mereka yang berusaha. Aaminn..”


“Cantik manisss sangat fazura..dah nampak mcm ada darah keturunan kerabat diraja..”

“Lawanya Fazura..sopan dan anggun sungguh..”


“Alhamdulillah..Oh my Fatima! Why are you so cute? Masya Allah so clever of her to do a small curtsy…”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)