Caprice Mohon Maaf, Tak Sangka Misi Beri Minyak Percuma Punca Sesak Lalu Lintas

Siapa tak kenal dengan penyanyi rap, juga seorang aktivis yang sering memberikan pendapatnya di Instagram berkenaan isu-isu semasa yang meledak di media sosial iaitu Caprice.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli sering juga terpalit dengan kontroversi dan berita-berita yang kurang enak didengar. Lebih-lebih lagi selepas berumah tangga dengan seorang ibu tunggal.

Baru-baru ini pula, nama Caprice sekali lagi hangat diperkatakan di seluruh media sosial selepas menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan Kuala Lumpur.

Sebelumnya, Caprice telah memuat naik video memberitahu dirinya ingin memberikan minyak percuma kepada mereka yang berkesempatan untuk hadir di stesen minyak Jalan Jelatek II.

Video tersebut menerima sokongan ramai. Enggan melepaskan peluang keemasan, ramai yang hadir bagi mendapatkan minyak percuma tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Bagaimanapun, keadaan menjadi tidak terkawal sehingga stesen minyak terpaksa ditutup sementara. Malah niat baiknya turut disalah erti nagi sesetengah netizen seolah-olah mengejar populariti semata-mata.

Difahamkan kesesakan lalu lintas berlaku setelah bekalan minyak habis sedangkan pengguna jalan raya yang lain masih lagi beratur untuk mendapatkan minyak percuma itu.

Ekoran isu, Caprice memuat naik satu video permohonan maaf menerusi laman Instagramnya berhubung kejadian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

“Pertama sekali Caprice nak minta maaf pada Titiwangsa, Setiawangsa, Keramat sehinggalah ke Ampang. Kita tak sangka kecoh, ‘havoc’ dan sesak sampai Ampang.

“Walaupun kita ada RELA dan pihak polis trafik di kawasan sekitar, kami tak mampu untuk kawal keadaan (kesesakan). Saya minta maaf sebagai penganjur.”

Kata Caprice, kesesakan lalu lintas luar kawalan itu menyebabkan ramai kakitangan kerajaan terlepas mendapatkan pemberian minyak percuma itu.

Oleh itu, Caprice memaklumkan dia akan mengadakan semula pemberian minyak percuma khas buat kakitangan kerajaan.

“Selepas minyak habis dan kita terpaksa tutup stesen minyak sementara, Cap perasan ada ramai kakitangan kerajaan daripada askar, jururawat yang beratur lama-lama, tak dapat isi minyak.

“Cap rasa sangat-sangat bersalah sebab ‘family’ Caprice pun kakitangan kerajaan. Saya rasa sangat bersalah, jadi saya ingin buat semula, satu lagi khas untuk kakitangan kerajaan sahaja di Kuala Lumpur.”

Video yang tular di laman TikTok

@daneerfaizal nak belanja minyak tu bagus … tapi jangan lah menganggu pengguna jalan raya yang lain … #fyp #fyp #fyp ♬ original sound – @blackpesol

@daneerfaizal kepada penerima sumbangan minyak patrol tolong laa mengikut peraturan jalan raya … #fyp #fyp #fyp ♬ original sound – @blackpesol

@daneerfaizal orang kampung dah mengamok…. adoii #hadir #support #orangkampung …. #fyp #fyp #fyp ♬ original sound – @blackpesol