Miliki Dua Buah Rumah Umur 21 Tahun, As’ad Motawh Akui Enggan Tunjuk Kekayaan

Seorang penyanyi yang mula terkenal menerusi lagu ‘Senyum’ iaitu As’ad Mowtah atau nama sebenarnya As’ad Ahmad Muhammad Mowtah ini sememangnya digilai oleh segelintir golongan wanita dengan paras rupanya yang kacak serta berdarah campuran Arab.

Pun begitu, sudah hampir dua tahun penyanyi ini tidak muncul mengeluarkan karya lagu terbaharunya tetapi siapa sangka sebenarnya Asad Motawh dikatakan sudah bergelar usahawan dalam diam.

Memetik sumber, Asad Motawh mengakui kehidupannya sekarang lebih selesa dengan tiga perniangaan yang dijalankan malah dia sudah berjaya memiliki dua buah rumah jenis banglo dan private suites. Bukan itu sahaja, dia juga mempunyai sebuah kereta, pejabat

“Walaupun tak ada lagu baru namun saya akui hidup selesa. Angka pendapatan, saya tak mahu sebut, google sahaja sendiri dan lain-lain lagi. Saya ada tiga perniagaan iaitu perkhidmatan cuci kereta, membuat landskap dan kini bisnes terbaharu saya adalah mengusahakan rumah produksi Motawh Production yang baharu dibangunkan sejak sembilan bulan lalu…”

“Saya ada pasukan sendiri. Kami banyak buat kerja belakang tabir seperti iklan, muzik video dan sebagainya. Kami juga berjaya mendapatkan klien jenama-jenama besar hasil kolaborasi dengan talent agency, Xeno” katanya.

Menurut Asad, dia enggan menunjukkan kekayaannya di platform media sosial kerana dia menyifatkan tiada apa-apa kelebihan dan faedah jika menayangkan harta serta aset yang dimiliki.

“Rumah pertama yang saya beli adalah sewaktu saya berusia 19 tahun. Sejujurnya, saya merasakan apa yang saya miliki ini biasa-biasa sahaja. Ia macam satu tanggungjawab. Mungkin sebab saya mempunyai ramai kawan-kawan artis yang kaya. Apabila seseorang itu semakin kaya, semakin sedikit kekayaan yang ingin ditunjukkan kepada orang lain. Saya tak nampak apa-apa kelebihan kalau menunjukkan harta…”

“Lagipula, kalau saya tunjuk segala aset, nanti orang tetap akan mengata saya acah-acah dan sebagainya” tambahnya lagi.

Sekadar info, Asad Mowtah telah memenangi anugerah dan pencalonan seperti Penyanyi Baru Hot 2017 di Anugerah Top Hot 2017. Selain itu dia pernah dicalonkan dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 serta Artis Baru MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2018.