Terima Kritikan Selepas Gantikan Nabil Di GV9, Danial Zaini Tampil Mohon Maaf & Jelaskan Perkara Sebenar

Seperti yang kita tahu, program Gegar Vaganza ini sentiasa meraih sambutan ramai tidak mengira golongan. Manakan tidak, program ini menampilakan penyanyi-penyanyi lama yang sudah lama tidak aktif dalam dunia hiburan malah pengacara utama Nabil Ahmad dan Jihan Muse ini turut menghiburkan penonton.

Pun begitu, semalam telah berlangsungnya minggu kedua GV9  namun Nabil tidak dapat menghadiri malam tersebut kerana terikat dengan program The Toyota GAZOO Racing musim ke-5 dan digantikan oleh pelawak, Danial Zaini.


Dalam pada yang sama, kehadiran Danial telah menerima pelbagai reaksi dari segelintir netizen yang mengecam dan mendakwa gaya pengacaraannya tidak menjadi sekaligus menjadikan program tersebut hambar.

Susulan isu tersebut, pelawak ini tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan perkara yang sebenar.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok, Danial tidak menafikan bahawa dia mempunyai banyak kekurangan pada malam tersebut.

“Pertama sekali, saya nak minta maaf kepada semua penonton-penonton, peminat-peminat GV, kalau ada kekurangan (memang banyak kekurangan saya) pun minggu ni di GV (ketika) menggantikan Nabil pengacara bersama Kak Lina. Saya mohon maaf…”

“Ada yang kata saya jatuhkan program, saya rosakkan program, tak reti hosting, saya minta maaf. Saya susun sepuluh jari, saya minta maaf.” ujarnya.

Menurut Danial, dia menjelaskan tidak dapat membuat sebarang persiapan dan rehearsal kerana maklumat tentang pengantian tersebut hanya diberitahu empat ke lima jam sebelum konsert.


“Kejadiannya hari ini, empat ke lima jam sebelum show, saya ditelefon oleh pihak produksi Astro, diaorang cakap Danial kena datang awal sebab kena gantikan Nabil dekat main show. Jadi saya tiada pilihan lain selain kena datang..”

“Jadi saya hanya ada masa empat jam untuk saya prepare baju saya, wardrobe apa semua, skrip pun tak dapat lagi waktu itu. Jadi apa yang anda lihat di pentas itulah dia. Saya tak rehearsal, memang tiada rehearsal, hanya bincang sekejap dengan Kak Lina, nak buat apa dan sebagainya, okay jalan…” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat dan positif buat pengacara Danial Zaini ini kerana sudah memberikan yang terbaik walaupun telah diberikan maklumat ‘last minute’ oleh pihak astro.

Antara komen warganet:

“Macam okay jeee…sebab tak rehearsal..not bad..”


“saya dah agak last minute..kesian lah kat dia..kak lina ada enjoy..”

“Aku risau you did well last night, good experience kan…apa-apa pun steady staff astro..”

“elok je danial buat..okay je takde apa lah danial..goodluck u did it well..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@danial.zaini 🙏🙏 Ini kenyataan saya berkenaan dgn pengacaraan saya di minggu yg kedua gegar vaganza 2022 #gv9 #gegarvaganza2022 ♬ original sound – Danial Zaini