Bercuti Ke Pulau Rendang Bersama Team ‘Cakenis’, Hairul Azreen & Hanis Zalika Raih Perhatian Netizen

Nama pasangan selebriti terkenal Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dalam industri hiburan ini sememangnya cukup dikenali dan dikagumi ramai.

Manakan tidak, percutian mereka yang serba mewah di beberapa buah negara antaranya Maldives, London, Australia, Auckland dan menaiki jet peribadi bersama jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan ini sentiasa menjadi perbualan hangat netizen malah ada yang berseloroh mahu menjadi ‘anak angkat’ pasangan ini kerana itu.

Mungkin ada yang tidak mengetahui, Hairul Azreen dan isterinya juga merupakan seorang usahawan serta mempunyai perniagaan sendiri iaitu ‘Cakenis’ & ‘Toujours Advanced’.

Jenama Cakenis ini sebenarnya antara yang paling popular di kalangan wanita yang telah menawarkan pelbagai koleksi tudung, pakaian bergaya dan produk kosmetik. Sehingga sekarang, ia masih menjadi kegemaran kaum wanita untuk ‘shopping’.

Pun begitu, baru-baru ini pasangan selebriti ini dilihat telah membawa pekerja-pekerja mereka bercuti ke Pulau Redang dengan menaiki kapal terbang.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Hairul Azreen di laman TikToknya ini, memaparkan momen-momen gembira team Cakenis, Hanis Zalikha dan dua cahaya mata anaknya, Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah bersama-sama ke Pulau Redang di sebuah kapal terbang yang hanya dipenuhi dengan mereka.


“1 flight untuk team Cakenis..” tulisnya di ruangan kapsyen.

Walau bagaimanapun, dalam hantaran tersebut dilihat banyak kerusi yang kosong itu telah mencuri perhatian ramai yang menawarkan diri mahu menjadi penjaga Yusof dan Alisa supaya dapat menikmati percutian itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya turut memberikan pelbagai reaksi video percutian pasangan selebriti ini yang juga membawa team Cakenis ke Pulau Redang dengan menaiki kapal terbang pesendirian.

Bukan itu sahaja, ada yang berseloroh bertanyakan jika ada kerja kosong kerana layanan istimewa mereka terhadap pekerja-pekerja itu.

Antara komen warga maya:

“Bang, perlukan org utk suapkan Alisa makan tak. Saya boleh..”


“Kalau nak honeymoon, saya ada sediakan service jaga budak..”

“Bang ada kerja kosong tak..jaga alisa..”

“Seat banyak kosong lagi tu bang @Hairul Azreen ..rugi2,Nanti ajak sy sekali bang .. mengasuh alisa & yusof pun takpa..”

“Bangg seat bnyk kosong tu sy boleh tolong isi kan..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@hairul_azreen881 flight untuk team Cakenis♬ original sound – Hairul Azreen