Connect with us

Selebriti

Anak Disahkan Hidap Autistik, Catriona Ross Akui Bukan Satu Perkara Mudah

Siapa yang pernah menonton filem ‘Mistik’ pada tahun 2003 pasti mengenali peranan Tasya yang dibawakan oleh pelakon Catriona Norhayati Ross binti Bahrin Ross atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross ini sememangnya sering menarik perhatian ramai kerana berwajah Pan-Asian.

Terbaharu, pelakon ini telah berkongsi cerita pabila mengetahui anak keduannya, Jammal Raess Ross-Iddin yang menghidap penyakit autistik ketika berusia dua tahun.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman Instagram ini, memaparkan temu bualnya bersama Falyq Hikyle menerusi segmen Borak Selebriti Sinar.

Dalam hantaran itu, Catriona tidak menafikan perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mudah dan perasaan luluh hati apabila doktor mengesahkan anaknya seorang autistik.

“Saya mula tahu daripada pakar selepas saya dapat rasa yang dia ada sesuatu yang lain. Mata dia tak pernah fokus bila kita panggil dia padahal saya ada di depannya…”

“Bila panggil, tanya nak susu, tapi dia hanya pandang tanpa sebarang reaksi. Saya pun buat appointment dengan beberapa pakar. Pakar pertama mengatakan anak saya autisme” katanya.

Bukan itu sahaja, dia turut mengalami kesukaran untuk bernafas sehingga keadaan dirinya sekaligus menjadi lemah tetapi suaminya lebih kuat dengan perkara berkenaan.

“Masa itu, saya rasa lutut lemahnya, padahal saya duduk dekat kerusi tapi rasa nak rebah. Saya pandang suami, suara saya tiba-tiba ‘sayang, saya tak boleh bernafas’..”

“Saya ingat lagi saat itu, ingatkan saya duduk dah okay. Suami lebih kuat dan minta saya sabar. Saya ingat, saya cakap ‘I think, I’m gonna die’” ujarnya.

Tambah Catriona lagi, selepas diberitahu tentang keadaan anaknya dia tidak berputus asa dan mengajak suami untuk berjumpa pakar lain. Walau bagaimanapun, keputusannya masih sama. Pelakon ini mengakui sukar untuk menerima hakikat namun kelamaan dia telah meminta nasihat dan pendapat rakan selebriti Zarina Zainuddin yang juga mempunyai anak austistik.

Kini, perkembangan anak keduanya kerana dari menunjukkan perkembangan sangat baik apabila dia mula menyebut beberapa perkataan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut memberikan kata-kata positif serta mendoakan agar pelakon Catriona Ross sentiasa kuat dalam membesarkan seorang anak autistik.

Antara komen warganet:

“stay strong sis,moga Allah permudahkan urusan you..”


“Hugs, been there sis. 10 tahun lalu. You are so strong to be able to tell the story,..”

“U did ur best as a mom and still is! InsyaAllah Jammal Raess will be ur ticket to Jannah!..”

“You are a great mom! keep fighting till the end sis..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross)

Advertisement

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)