“Terima kasih Allah tumpangkan ‘Anak Syurga’ dalam rahimku” – Fasha Sandha

Sebelum ini fasha Sandha dan suami telah berkongsi berita gembira di mana Fasha telah disahkan mengandung selepas beberapa bulan berkahwin.

Berita tersebut ternyata telah membuatkan suaminya sangat gembira hingga mengalirkan air mata.

Namun begitu, hari ini menerusi laman Instagram milik Fasha Sandha, ada berita menyedihkan yang disampaikannya.

Fasha telah memohon maaf kepada suaminya dan anak-anaknya kerana kandungannya telah keguguuran.

Baca: [VIDEO] Menangis Terharu, Fasha Buat Surprise Untuk Suami Umum Hamil 3 Minggu

Menurut Fasha, dirinya yang terlalu sibuk dan tidak menurut pesanan doktor untuk banyakkan berehat menjadai salah satu sebab

“Ibu mintak maaf suamiku tercinta , Rayfal dan Jemyma sayang. Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan,untuk banyakkan berehat, jangan terlalu lasak2.

“Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni, ibu naik turun keretapi, naik turun kapal terbang, jalan laju2 , buat kerja ,sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu.

“Ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tau ibu bukanlah ibu yang terbaik.

“To my dear followers, Thank you for all your well wishes on my pregnancy. I’m deeply saddened to tell you I’ve miscarreid.

“Doakan supaya kami kuat dalam melalui ujian ini. @itsaidilaziz kita teruskan berdoa dan usaha, semoga kita ada rezeki lagi dimasa akan datang. InsyaAllah kita akan lebih kuat #aidilfasha

“Terima kasih Allah kerana telah menumpangkan ‘Anak Syurga’ ini dalam rahimku, walaupun hanya untuk seketika.”

Rata-rata peminat meluahkan rasa simpati dan turut bersedih di atas berita ini.

Baca: Biodata Fasha Sandha

Semoga Fasha Sandha dan suami kuat untuk mengaharungi ujian ini dan tidak berputus asa.