Beraya Bersama Kedua-dua Isteri, Ashraf Muslim Jadi Inspirasi Ramai!

Pelbagai ragam ketika menjelangnya hari raya terutama giliran balik kampung isteri atau suami. Ada yang akan mengikut giliran ada yang tidak kisah beraya di belah mertua atau keluarganya.

Namun, ramai juga yang sering bertelingkah berkenaan isu balik kampung mana. Masing-masing mahu balik ke kampung halaman sendiri.

Bab balik kampung ini perlu diselesaikan dengan cara baik supaya tidaklah dihari raya masing-masing masih bermasam muka kerana tidak bersetuju dengan pilihan raya mana kali ini.

Tidak asing lagi dunia hiburan dengan nama Ashraf Muslim yang sentiasa bahagia dengan keluarganya. Ashraf mempunyai dua orang isteri iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi.

Ashraf memuat naik beberapa foto raya yang menunjukkan beliau dan keluarga berhari raya di Damansara bersama-sama kedua dua isterinya.

Ramai netizen meninggalkan komen positif dan menyifatkan mengagumi keluarga bahagia ini dan menjadi inspirasi kepada orang ramai.

Bukan mudah untuk bermadu dan berbaik dengan kedua dua isterinya tetapi Ashraf mampu membuktikan kedua dua isterinya akrab antara satu sama lain dan bahagia.

Ashraf sekeluarga tampak menawan dengan mengenakan busana biru bersama keluarganya dan beliau telah dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Foto Hari Raya Bersama Isteri Pertamanya Noor Dayana Lokman

Ashraf dan Dayana telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Mereka telah berkahwin pada bernikah pada 30 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Syawal di Mekah.

Foto Hari Raya Bersama Isteri Keduanya Wan Sakinah Wan Saburi.

 

Ashraf dan Wan Sakinah dikurniakan 3 orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka. Mereka diijabkabulkan pada 7 Julai 2013 di Selatan Thailand.

Selain itu, aktor kacak ini juga dilihat memuat naik beberapa foto berhari raya di kampung Ashraf di Merlimau Melaka.

Beliau juga turut membawa kedua-dua isterinya beraya bersama. Mereka sekeluarga mengenakan busana berwarna hijau.

Keluarga bahagia ini sentiasa menjadi inspirasi orang ramai. Bukan sahaja kerana Ashraf berjaya mendamaikan kedua isterinya malah kedua dua isteri Ashraf juga merupakan wanita yang menjadi inspirasi ramai.

Diorang isteri-isteri pilihan Ashraf Muslim

Semoga mereka sekeluarga bahagia dan menjadi inspirasi ramai orang diluar sana yang berpoligami. Jangan abaikan isteri-isteri anda dan layanlah mereka seadilnya.