“Terima kasih abang panda” Sanggup Redah Banjir Hantar Makanan, Kegigihan Rider Ini Buat Ramai Kagum

Seperti yang kita tahu, negara kini dilanda hujan lebat yang tidak menentu sehingga ada sesetengah kawasan terjejas dek kerana air yang naik serta banjir kilat.

Iospital phone repair gombak

Pun begitu, ia bukan menjadi penghalang untuk sesetengah individu terus mencari punca pendapatan seperti rider Foodpanda ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @echa.cha__, dapat kita lihat, seorang penghantar makanan sanggup meredah banjir demi menghantar makanan kepada pelanggannya.

Ia telah membuatkan ramai orang kagum apabila dia masih memenuhi permintaan pelanggan tidak kira dalam apa jua keadaan.

“Terima kasih abang panda hantar makanan walaupun rumah banjir,” tulisnya di platform tersebut.

Dapat juga kita lihat dia menyarungkan baju hujan berwarna hitam demi menjalankan tugas dan amanahnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat kegigihan abang foodpanda mencari punca pendapatan walaupun pada ketika itu sedang hujan lebat.

“Ini kalau customer marah lagi tak tahu la, member sanggup redah banjir tu..” Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga terhibur dengan gelagat ‘gatal’ wanita ini yang sempat ‘cuci mata’ malah berseloroh meminta orang ramai cari lelaki tersebut dan ingin mencuba nasib sekiranya masih solo.

Antara komen warga maya:

“Ini kalau cust marah lagi taktahu laa member sanggup redah banjir tu”

“Yang hang p order time time banjir pasaipa”


“uiks kene bagi extra tip ni. motor jadi motorbot panda”

“slalu dgr abg grab berhujan panas je.. kali ni dia datang dgn banjir lak..”

“Lariii ikannn abg panda oiii”

“dlm mencari sesuap nasi sggp reda tnpa mknan nda sampai moga rider rider smua di murah rezeki slmt dlm bekerja hujan pns banjir di lalui”

“Klu aq cust tu, aq sendiri yg keluar pergi tggu rider tu kat mana2. Kesian wehh, risau takut rosak motor dia”


Video yang tular di laman TikTok:

@echa.cha__ada yang kenal kaaa 😆♬ សំឡេងដើម – 🇰🇭ជីវិតកូនកំព្រា🙂🥺 – 💓សាមណេរ 💓ផាន់នី 🇰🇭