Dipukau 3 Penyamun, Suri Rumah Dipaksa Keluarkan RM10K dari ATM, Siap Acu Pisau Untuk Ragut Barang Kemas!

Kes scam ini sememangnya sudah lama berlaku malah ianya boleh berlaku dengan pelbagai cara. Sebab itu lah kita sering diingatkan agar berhati-hati dengan segala transaksi yang meragukan dan yang paling utama adalah tidak memberikan butiran penting sama ada butiran kad bank, ataupun maklumat diri pada orang lain.

Iospital phone repair gombak

Pun begitu, ada juga mangsa yang di scam melalui cara ‘pukau’ dimana mereka tidak sedar diri mereka sudah dipukau dan menurut sahaja apa yang diminta oleh scammer bahkan mereka tidak mampu ingat apa yang berlaku.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang suri rumah terpaksa menanggung kerugian RM16,000 dipercayai dipukau tiga individu ketika sedang membeli barangan keperluan rumah di salah sebuah premis di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan UtusanTv, mangsa dikenali sebagai Siti Abd Hamid berusia 56 tahun mendakwa terdapat dua wanita menghampirinya sebelum salah seorang memegang lengan kanannya sehingga menyebabkan dia pening dan tidak sedarkan diri.

Ketika dalam perjalanan membawa mangsa pergi jauh dari orang awam, wajah seorang suspek terlihat jelas di CCTV, lelaki tersebut seakan terkejut kerana kebetulan dia memandang ke arah CCTV, dia membuka pelitup muka yang dipakai.

Berkongsi dengan lebih lanjut, anak kepada mangsa berkenaan memaklumkan ibunya dibawa masuk ke dalam sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki.

Situasi semakin tegang apabila seorang suspek perempuan dikatakan mengacukan pisau pada ibunya dan meminta barang kemas seperti rantai dan loket.

Bukan itu sahaja, mereka turut membawa ibunya ke mesin ATM berdekatan untuk mengeluarkan wang sebanyak RM10,000.

Selepas berjaya menyamun wanita tersebut, mereka meninggalkannya di sebuah bank dekat Taman Desa Cemerlang.

Sekadar info, laporan polis telahpun dibuat dan siasatan sedang dijalankan. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen seram melihat cara penyamun mengambil duit mangsa tanpa disedari oleh orang ramai.

Bukan itu sahaja, netizen sempat menasihatkan orang ramai agar terus berhati-hati bahkan tidak terlalu dekat dengan orang yang tidak dikenali.

Antara komen warga maya:

“Allahuakhbar,kesiannya.Bukn seng nk kpul duit bnyk tu.Org seng2 je rompak mcm tu..”

“sentiasalah kita mintak dan doa pada Allah..supaya Allah jaga kita dan jauhkan kita dri hal yg tak baik… InshaAllah”


“nenek aku pernah kena pukau. keluar pi tiram sensorang penuh gelang, cincin. balik umah abis gelang cincin xde dahh..yillek”

 

Video yang tular di laman TikTok:

@utusantvofficial Mangsa dalam bulatan bersama dua suspek yang didakwa pukau sebelum samun. Kejadian di Ulu Tiram, Johor. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #pukau ♬ Mysterious – Andreas Scherren

@utusantvofficial Replying to @malazmam . PART2: Mangsa yang didakwa dipukau dibawa ke sebuah stesen minyak untuk keluarkan duit RM10,000. #pukau #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound