Kakak ‘Pergi’ Angkara Wabak, 2 Jam Adik Tatap Gambar Kakak Buat Ramai Sebak

Benar kata orang, rindu yang paling sakit dan dalam adalah rindu kepada orang yang telah pun pergi ke negara abadi. Walau bagaimana pahit, perlu ditelan dan menerima segala ketentuan ilahi.

Hubungan adik beradik ini bawa sehingga ke syurga. Bergurau dan bergaduh lah macam mana sekalipun namun perasaan sayang antara darah daging takkan pernah hilang.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki dikatakan sangat merindui kakaknya yang sudah meninggal dunia mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dipercayai ibunya iaitu @nanibaser, kelihatan seorang budak lelaki sedang meniarap di atas katilnya sambil menonton TV.

Namun apa yang membuatkan ramai sedih adalah budak lelaki tersebut memegang satu frame gambar kakaknya. Apabila di tanya mengapa dia berbuat demikian, jawapan ringkas berserta linangan airmata itu mampu membuatkan hati ibunya sebak.

“Tengok Tv dengan kakak” ujar budak lelaki tersebut.

Difahamkan, kini adiknya itu perlahan-lahan menerima takdir Allah dan mencuba untuk kuat malah dia juga tidak pernah lupa walau satu pun perkara tentang kakaknya seperti apa yang disukai kakaknya dan apa pesanan yang pernah diberikan dahulu.

“Di awal pemergian kakak, 2 jam adik pegang gambar kakak.. katanya tengok movie dengan kakak.. Alhamdulillah adik sekarang beransur kuat.. tapi ‘kakak’ masih disebut-sebut hingga saat ini..”

“Kakak pesan ini.. kakak suka ini..kakak suruh buat macam ni.. kadang lepas mandi spontan akan cakap kakak sikatkan ramut adik..” ujar ibunya.

Untuk pengetahuan, kakak kepada budak lelaki ini pergi dijemput Ilahi oleh kerana wabak C-19. Allahyarham yang memegang nama Hajah Marsha Arina Binti Mohd Riad bagaimana pun ditidurkan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Ibunya akui sehingga kini masih fobia melihat ambulans dan hospital malah merasakan dada menjadi sesak seolah dihempap batu besar kerana ianya mengingatkan kembali kepada tragedi kehilangan anak tercinta.

Video yang tular di laman TikTok:

@nanibaser♬ Hanya Rindu – Andmesh

@nanibaser♬ Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu – Uji Rashid

@nanibaser♬ Kulepas Dengan Ikhlas – Lesti

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui sebak melihat adiknya yang sangat rindu akan kakak nya malah mereka percaya kakaknya adalah seorang yang sangat hebat sehingga ramai yang menyayanginya termasuklah kawan-kawan yang menziarahnya.

Berikut merupakan komen warga maya: