Tengok Cerita Seram Beramai-Ramai, Gelagat Keluarga Terkejut ‘Berjemaah’ Buat Ramai Terhibur

Berkumpul sesama ahli keluarga seperti makan atau menonton televisyen beramai-ramai dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.
Iospital phone repair gombak
Bahkan ianya juga akan menjadi momen yang terindah untuk dibawa hingga ke hari tua apatah lagi bila jarang berkumpul. Sekali berkumpul, memang meriah dibuatnya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat sebuah keluarga sedang menonton filem seram mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @saidila79, dapat kita lihat keluarga besar itu sedang menonton televisyen bersama dan difahamkan mereka sedang menonton cerita seram.

Namun apa yang menarik tumpuan adalah di pertengahan video itu dapat dilihat babak seram tiba-tiba muncuk iaitu penampakan lembaga putih.

Situasi itu membuatkan semuanya terkejut dan menjerit bersama selepas saja melihat babak itu.


“Simpan sini sebagai kenangan. Bukan senang dapat kumpul dan tengok TV sama2 dan ramai2 lagi macam ni. Tengok pulak cerita seram. Jadi sama2 takut dan terperanjat” ujarnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat masing-masing malah ada juga yang boleh ‘relate’ dengan situasi tersebut.

“Seronok weh tengak citer seram ramai-ramai” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga akui menonton filem seram beramai-ramai memberikan ‘feel’ yang sangat luar biasa apatah lagi jika tutup lampu.

Antara komen warga maya:

“Kalau tutup lampu lagi best tengok ni”

“Dia macam ni, bila sorang tu menjerit orang lain akan jerit juga”

 


“Upload la lagi sis kalau ada, rindu suasana macam ni”

“Teringat zaman raya dulu2”

“Bestnyaa rindu zaman kecik2 dulu waktu semua family tak busy balik kampung”


Video yang tular di laman TikTok:

@saidila79 Simpan sini sebagai kenangan. Bukan senang dapat kumpul dan tengok TV sama2 dan ramai2 lagi macam ni. Tengok pulak cerita seram. Jadi sama2 takut dan terperanjat 😂 @Osem Family Puchong #familytime #saidilalifestyle #pengabdisetan #horrormovie ♬ original sound – Saidila