“Jangan cari penyakit..” Makan Roti Lepas Celup Air Banjir, Tindakan Pemuda Ini Undang Kritikan Netizen

Ketika ramai orang sibuk dek banjir yang sering terjadi di kawasan mereka, masih ada individu yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan boleh memudaratkan diri sendiri.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok mengenai dua orang pemuda yang memakan roti lalu mencelupnya ke dalam air banjir dan dimakan semula.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun @dikmin_07 itu, dua orang pemuda itu kelihatan sedang bergurau senda sambil mencelup roti ke dalam air banjir di hadapan mereka.

Kemudian, dijamahnya roti itu seperti mencelup air teh buat minum petang.

“Musim-musim banjir jimat air teh 😂😂,” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut.

Difahamkan bahawa kejadian itu berlaku di salah sebuah negeri pantai timur yang dilanda banjir baru-baru ini.

Walaupun ianya sekadar konten untuk hiburan semata-mata, tindakannya itu amatlah berbahaya sehinggakan boleh mengakibatkan penyakit cirit birit dan keracunan makanan.

Hal ini disebabkan air banjir itu sememangnya kotor kerana kerana telah dicemari oleh najis atau kotoran dari pembentungan, loji kumbahan, dan lain-lain.

Sekadar info, banyak penyakit lain yang boleh terjangkit jika terdedah dengan air banjir ini yang disebabkan oleh air tercemar seperti demam typhoid, cholera, salmonella, e. coli dan berbagai-bagai lagi jenis penyakit.

Ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah meraih sebanyak 183.8K tontonan, 2702 tanda suka dan 538 komen.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen mengkritik tindakan tidak wajar dua orang pemuda itu kerana boleh mengundang pelbagai penyakit berbahaya.

Antara komen netizen:

“lebih baik kunyah roti saja, dari celup dalam air tu.. kena jaga kesihatan.. air tu dah macam2 campo, air loji tu campo skai tu”

“jgn Cari penyakit..air tu tercemar..macam2 ada dlm tu.kena cirit birit haru..”


“bayangkan tgh syok cicah makan.. sekali seketul emas manusia lalu.. ape rasa Nye eak..”

“knapa teruk sgt sampai mcm tu..bahaya dan kotor air tu masyaallah😔 baik mkn roti jer”

Video TikTok yang tular:

@dikmin_07 musim2 banjir jimat air teh 😂😂.. #fyp #fypシ #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #banjir2022 #ck49 ♬ original sound – zzack🍁