Tenang Walaupun Kereta Dilanggar Rider, Lelaki Ini Rela Lepaskan Tanpa Sebarang Bayaran Buat Ramai Kagum!

Malang tidak berbau, dan sesiapa pun tidak mampu menghalangnya.

Iospital phone repair gombak

Itulah peribahasa yang sering dikaitkan dengan situasi seseorang terpaksa menempuh kemalangan atau bencana tanpa sempat melakukan persediaan untuk mengelakkan diri.

Ianya boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja, bahkan sewaktu mencari rezeki pun boleh terjadi.

Terbaru, seorang penghantar makanan bersemuka dengan seorang pemandu kereta jenis Vellfire telah membuatkan orang ramai kagum melihat mereka.

Menerusi video yang tular di laman TikTok @onsir11 itu, pemilik video yang merupakan pemandu kereta berkenaan bersemuka dengan seorang rider yang dikatakan telah melanggar keretanya.

Namun apa yang membuatkan warga maya tertarik melihat video tersebut adalah apabila pemandu tersebut kelihatan tenang sahaja sedangkan keretanya itu sudah pun dilanggar.

Bukan itu sahaja, pemandu itu sempat juga berborak pendek dengan rider tersebut yang baru sahaja berumur 19 tahun.

Pemandu itu tanya kepada rider tersebut, akan sebab mengapa dia tidak lari setelah melanggar keretanya.

“Saya buat salah, tak akan saya nak lari,” jawab rider itu.

Kebiasaannya individu yang melanggar kenderaan ini pasti mahu melarikan diri dan terus cabut lari, akan tetapi bukan bagi anak muda ini yang setia menunggu sehingga pemilik kereta datang untuk melaporkan kerosakan tersebut.

Oleh hal demikian, pemilik kereta tersebut terus melepaskan rider itu dengan tidak mengambil sebarang ganti rugi walau satu sen sekalipun kerana dia percaya bahawa ikhlas itu indah.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa terharu melihat kisah antara dua insan ini dan membuatkan mereka percaya bahawa masih ada lagi insan yang baik di dunia ini.

Antara komen netizen:

“Terima kasih bos..sy ucapkan utk pihak adik tu…semoga Rezeki u Datang banyak banyak….😇”


“This boy hebat, bertanggungjawab dan tak lari dari kesalahan. Tapi encik Andrew lagi hebat. penyabar, murah hati dan juga bertimbangrasa. 🥲”

“Thank u boss… hati awak sangat baik. Buat adik grab semoga dirimu akn dibukakan rezeki dgn seluas2nya diatas kejujuran dan keberanianmu”

Video TikTok yang tular:

@onsir11 Hari tu kereta Parking tak jumpa , hari ni kereta kena langgar pulak 😄😄😄 #fyp #onsir #tiktok #tiktokviral #bantumalaysia #iklasituindah ♬ original sound – Andrew Cheah 谢华光 – On Sir – Andrew Cheah