“Auto sebak” Anak Sulung Peluk Terharu, Ibu Belikan Hadiah Sebab Banyak Tolong & Mengalah

Memegang ‘title’ anak sulung bukanlah satu perkara yang mudah malah terkadang mereka terpaksa menjadi matang sebelum usia disebabkan situasi dimana perlu membantu ibu bapa, mengalah dengan adik yang masih kecil, harus melakukan yang terbaik tidak kira lah dari segi pelajaran ataupun akhlak kerana perlu menjadi contoh kepada adik beradik yang lain.
Iospital phone repair gombak
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita menitip ucapan terima kasih buat putera sulungnya ternyata membuat ramai sebak.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @ct_aisyah33, kelihatan seorang wanita semasa itu sedang berada di dalam kereta dan menunggu putera sulungnya bersama dengan anak-anak yang lain.

Pada awalnya dia hanya berborak kosong dengan penghuni rahim pertamanya itu sambil menanyakan adakah dia masih menyayangi ibunya walaupun selalu dimarahi.

Dengan tenang anaknya menjawab ‘sayang’ berkali-kali sambil ketawa untuk mengawal rasa sebak yang mula membelenggu dada bahkan dia sempat bergurau dengan adiknya yang berada di tempat duduk belakang.

Difahamkan, anak sulungnya itu sudah lama ingin permainan konsol steering kereta, namun tidak mahu menyusahkan ibunya dan berniat untuk membelinya sendiri satu hari nanti


Tidak lama kemudian si ibu meminta anaknya untuk melihat ke belakang kerana dia sudah pun membelikan permainan itu dan lebih sebak, budak lelaki itu terus menangis dan memeluk ibunya tanda terima kasih atas pemberian tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat situasi tersebut apatah lagi bila ibunya mendedahkan bawaha anaknya itu bukan seorang u=yang mudah untuk menangis.

“Video tak habis lagi air mata dah berjurai-jurai” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga akui terkadang para ibu bapa terlepas pandang tentang perasaan anak sulung dan inilah cara yang terbaik untuk membuatkan mereka berasa dihargai.

Antara komen warga maya:

“Auto sedih.. sebak yang terlalu sakit.. anak sulong ni banyak pendam.. kadang terlepas marah kat anak sulong.. bila tengok video ni terus peluk anak..”

“Air mata tiba2 jatuh.. sebak terus hati.. terus jadi anak yang berbakti pada ibu ayah mu..”


“Anak sulong memang kuat.. sentiasa mengalah, jaga adik2.. walaupun perit tetap senyum.. sentiasa cover salah adik2.. rela kena marah demi adik2”


Video yang tular di laman TikTok:

@ct_aisyah33Insan pertama y hadir dlm rahimku…Ma syg Along Dunia Akhirat ♥️ Terima kasih syg…utk segalanya…🤍🤍🤍

♬ Buah Hati – Armada