Tealive Bakal Tutup Semua 161 Cawangan Malaysia?

Menurut The CanLaw Report, Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan Tealive untuk beroperasi dan perlu ditutup segera.

Pada awalnya, Loob Holding yang menguruskan jenama Tealive, telah memfailkan permohonan untuk teruskan operasi mereka. Permohonan Loob itu, yang difailkan sehari selepas keputusan perintah injunksi sementara oleh Mahkamah Rayuan, ditolak atas alasan syarikat itu melanggar kontrak dan tuntutan undang-undang terhadap La Kaffa, berkaitan dengan halangan dagangan serta undang-undang francais Malaysia.

Oleh itu, keputusan itu melarang Loob daripada mengendalikan Tealive sebagai perniagaan yang bersaing dengan Chatime untuk tempoh dua tahun di Malaysia, mengikut undang-undang.

Menurut The Daily Sun, Tealive mengendalikan 161 cawangan di seluruh negara dan penutupan Tealive di Malaysia akan menjejaskan 800 orang kakitangan.

Tealive telah sinonim dengan gaya hidup Malaysia sejak penubuhannya kurang dari 2 tahun yang lalu. Ianya pasti akan memberi kesan terutama kepada peminat minuman bubble tea jenama ini.