Bisnes
KhairulAming Raih RM7.5Juta Jual Sambal, Kini Buka Kilang Besar di Kelantan

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan selebriti media sosial dengan trademarknya “hey..whatsup guys” ini? Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman mula popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana beliau tidak pernah lokek untuk berkongsi tutorial masakan yang mudah dan lazat.
Influencer yang disenangi ramai ini telahpun memulakan perniagaannya dengan penghasilan produk Sambal Nyet Berapi setahun yang lepas dan pada tiga bulan yang pertama dilancarkan beliau telah meraih RM1 juta.
Tidak hairanlah jika ianya mendapat sokongan orang ramai dan terjual dengan pantas dan sold out dalam masa beberapa minit setiap kali dikeluarkan.
Ternyata Sambal Nyet Berapi ini amat diminati oleh orang ramai.
Genap setahun Sambal Nyet dilancarkan, Hari ini Khairul Aming berkongsi berita gembira menerusi video di laman media sosialnya yang kini beliau mampu untuk membuka kilang baharu yang lebih besar di Kelantan.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus menerus memberi sokongan terhadap produk sulung yang dikeluarkan olehnya sehingga kini yang telah terjual sebanyak 540,000 botol Sambal Nyet dan mencecah jualan sehingga RM7.5 juta!
Selepas genap setahun Sambal Nyet dilancarkan, alhamdulillah kita berjaya cecah jualan RM 7.5 juta ringgit. Sekarang kilang sambal nyet seluas 14,000 sqft telah pun siap renovation and finally ready untuk aku tunjuk kat korang. Welcome guys to our first Townhall🙇♂️🙏🏻 [Thread] : pic.twitter.com/lksN7rojzS
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Dalam perkongsian itu, beliau menceritakan semula perjalanan bisnesnya, lelaki ini berkata dia bermula dengan R&D sendiri di rumah, kemudian menyewa lot kedai sehingga lah mempunyai kilang seluas 14,000 meter persegi hari ini.
Bermula dengan R&D memasak di rumah, ke lot kedai dan ke kilang seluas 14,000 sqft ni, banyak benda yang aku belajar. Mula-mula berat hati nak bina kilang sendiri sebab ramai suggest untuk hire OEM untuk buat produk. Tapi sebab aku nak belajar A-Z, ini risiko yang kena ambil pic.twitter.com/iHe833rg7K
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Menurutnya lagi, beliau memilih Kelantan kerana disitu ialah tempat beliau membesar dan membuka kilang tersebut dari ‘kosong’. Tujuannya bermula daripada kosong adalah untuk beliau belajar sendiri cara yang betul untuk set-up kilang; sama seperti mana beliau mula-mula berniaga Sambal Nyet tahun lalu.
Sepanjang setengah tahun yang lepas macam-macam silap aku buat. Ada tersilap beli mesin, tersilap beli material, tersilap design layout etc. Tapi dari situ la kita belajar. Selepas spend lebih dari 1 juta ringgit, ini kilang yang beroperasi pada hari ini pic.twitter.com/MTFVGGDjik
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
FYI kilang ni belum lagi 100% complete. Kita masih lagi tengah buat finishing macam painting, wiring, labelling etc. Sebelum mula renovation kita memang dah in touch dengan MeSTI untuk inspection nanti. and our hope is to get MeSTI and Halal certificate dalam tahun ni
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Dia bagaimanapun mengaku banyak membuat kesilapan dalam tempoh itu persiapan kilangnya itu. Katanya ada tersilap membeli mesin, tersilap membeli material, tersilap design layout dan pelbagai lagi. Dia juga telah mengeluarkan kira-kira RM1 juta untuk operasi kilang.
Selepas membelanjakan lebih RM1 juta untuk kilang ini, akhirnya kilang tersebut sudah mulai beroperasi. Langkah seterusnya menurut Khairulaming adalah untuk mendapatkan sijil MeSTI dan halal pada tahun ini selepas renovasi kilang siap sepenuhnya.
Fokus kita yang seterusnya adalah untuk buat preparation untuk bulan puasa dan di harapkan kita dapat cecah jualan 1 juta botol dalam masa yang terdekat.
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Perancangan seterusnya, dia mahu fokus kepada persediaan di bulan puasa dan berharap dapat buat jualan 1 juta botol dalam masa yang terdekat.
Siapa sangka pemuda yang asalnya hanya memuatnaik video masakan kini sudah memiliki perniagaan yang bernilai jutaan ringgit. Satu pencapaian yang membanggakan sekaligus memberi inspirasi kepada pemuda-pemuda lain.
Lebih banyak menulis daripada bersembang

You may like
Popular

Ibu Serba Salah Anak Pergi Sekolah Happy, Balik Menangis Sebab Takde Kawan Gara2 Tak Reti Cakap Melayu “Sorry sayang mama”

Gara2 Enggan Ke Sekolah, Ibu ‘Heret’ Anak Ke Balai Polis “Setiap hari dia menangis Tuan..”

Baru Hari Pertama Dah Kena Scam! Pelanggan Luah Rasa Kecewa Beli Roti John Untuk Berbuka Tapi Inti Sos & Mayonis Saja

Lagi ‘Drama’ Budak Prasekolah! Melekat Pada Badan Guru Macam Spiderman Tak Mahu Lepas, Cikgu Layankan Saja

Lelaki Dapat Beli Ikan Patin Tempoyak & Kuih Ulat Bulu di Bazar Ramadan Kelantan Dengan Hanya RM10
