1 Tahun 7 Bulan Berunding, Media Prima Miliki Vocket Dengan 52% Pegangan Saham.

Anak syarikat milik penuh tidak langsung Media Prima Bhd, Rev Asia Holdings Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat untuk membeli 52% saham dalam Vocket Media Sdn Bhd bernilai RM2.6 juta.

Menurut pengasas dan CEO Vocket, Vocket dijangka akan terus kekal beroperasi dibawah jenama yang sama seperti sedia ada buat masa ini.

7 orang pemegang saham Vocket Media Sumber: FB Fazreen Jasni

Menurutnya lagi di posting Facebook, beliau jamin tiada perubahan yang akan berlaku di dalam penerbitan Vocket.

“Saya boleh jamin yang tiada apa apa yang berubah di Vocket. Same people same culture same vision same value. Yang berubah cuma pertambahan pemegang saham.”

Kalau anda tidak mengenali laman Vocket, ia merupakan salah satu penerbitan digital yang telah ditubuhkan pada tahun 2014. Laman ini memfokuskan kepada isu kehidupan, travel, teknologi dan fesyen.