Tangkap Gambar Peserta Perbarisan Secara Dekat, Gelagat Lucu Ustaz Azhar Undang Tawa Netizen

Semalam, tanggal 31 Ogos 2022 merupakan hari ulang tahun kemerdekaan yang ke-65. Ramai rakyat Malaysia yang tidak melepaskan peluang untuk melihat perarakan dan aset kerajaan yang dibawa.

Selepas beberapa tahun berada di dalam fasa pandemik, terlihat ratusan ribu rakyat turun padang bagi memeriahkan sambutan hari kemerdekaan. Manakan tidak, feeling untuk menonton perarakan secara bersemuka lebih seronok berbanding menjadi penonton di kaca TV.

Bagaimanapun, artis-artis dan selebriti tidak ketinggalaan untuk turut hadir menyaksikan perarakan kemerdakaan ini. Namun yang mencuri perhatian warganet di aplikasi TikTok apabila seorang penceramah bebas yang terkenal dengan personalitinya yang sempoi dan kelakar Ustaz Azhar Idrus ini berada di barisan paling hadapan sewaktu perarakan di Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan oleh pengguna aplikasi TikTok itu, memaparkan gelagat Ustaz Azhar Idrus yang sedang menyaksikan peserta perbarisan dan mengambil gambar dengan jarak yang sangat dekat sehingga kan dia keluar daripada barisan penonton.


Manakan tidak, dalam video tersebut Ustaz Azhar merakamkan momen tersebut dari ‘angle’ yang berbeza-beza malah beliau juga terlalu hampir dengan peserta perbarisan sehingga ada yang risau jika Ustaz Azhar dilanggar.

Pun begitu, rata-rata orang yang mengikuti perbarisan berkenaan juga ada yang ingin mengambil gambar bersama beliau dan turut merakam gelagar Ustaz Azhar itu.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat Ustaz Azhar Idrus yang bersahaja merakam momen peserta perbarisan tersebut.

Bukan itu sahaja, ada yang berseloroh mengatakan risau jika dibiarkan lama-lama Ustaz Azhar akan turut kawad bersama.

Antara komen warganet di laman TikTok:

“Dekat lagi pun takpaa ustaz..”

“Ustaz tepi sikit orang lalu tu..apa-apa pun terbaik..”

“Aku teringat ceramah dia yang ada zizan tu.. dok busy ambik gambar sampai tak dengar soalan zizan..”

“Ustaz jangan lupa post nak tengok hasil rakaman tu..”

“Wow sempoi ustaz betul-betul di tepi laluan kontijen..”


Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@mamatomarcelango Tengok perangai… #fyp #foryourpage #fypmerdeka #merdeka #merdeka65 #uai #ustazazharidrus ♬ original sound – user8762485988772 – Mamato Marcelango

@mik0chan__haish keluar barisan♬ original sound –