Kongsi Tarikh Lahir Yang Sama, Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan Istimewa Buat Jebat Jayden

Siapa yang tidak kenal dengan anak bekas pasangan selebriti Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden? Telatah Jebat Jayden sering dikongsikan oleh ibu dan bapanya di platform media sosial. Manakan tidak, Jebat yang fasih berbahasa Melayu dengan loghat penangnya sering mencuri perhatian netizen apatah lagi bila ada video lucu Jebat yang dijadikan “lip sycing” di laman TikTok.

Pada tanggal 30 Ogos, merupakan tarikh istimewa buat pelakon Sharnaaz Ahmad atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad yang berkongsi tarikh lahir dengan anak lelakinya Jebat Jayden.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik olehnya di laman Instagram memaparkan gambar-gambar dan momen Jebat sewaktu masih kecil sehingga sudah mencapai umurnya yang sekarang. Sharnaaz juga telah menulis coretan dan titipan istimewa buat anak kesayangannya yang sudah mencecah umur 4 tahun.

Dalam perkongsian tersebut, Sharnaaz menyifatkan kehadiran Jebat Jayden adalah sumber kekuatannya dan siapa dirinya hari ini adalah kerana anak lelakinya itu.

“Happy Birthday my dear son.. Im getting older the same day as you.. But im very sure my love for you is getting stronger.. Boy nak jadi kuat macam baba.. Boy, baba kuat sebab cek.. who am i today is because of you.”

“Thank you for giving me the unconditional love every sec of your day…Jadilah anak yang kuat, bijak dan sentiasa tidak bagi orang tunjal kepala kita …. Always fight for what you think is right. Salah atau betul bukan manusia yg hakimi.. You are the king of your self..love u boy @jebatjayden” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada masa yang sama, Sharnaaz menitipkan doa buat anaknya agar diberikan kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang dan mudah untuk menerima ilmu baharu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya dan juga rakan artis tidak terlepas untuk turut mengucapkan selamat hari lahir buat Jebat dan Sharnaaz. Mereka turut mendoakan agar Jebat sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki.

Antara komen warga maya:

“Happy Birthday Spiderman Jebat! @jebatjayden nak hadiah tak? Apa nama gf baru baba?..”


“Happy birthday @jebatjayden dan Sharnaaz Ahmad..semoga Allah beri yang terbaik dunia akhirat untuk abang berdua..”

“Happy Birthday  @jebatjayden sayang dan @sharnaazahmad..semoga sentiasa berada di dalam lindungan dan kasih sayang Allah..”

“Sanah Helwah Jebat moga membesar dalam keadaan sihat bahagia menjadi anak yang soleh berjaya di dunia dan akhirat..aamin”

Video yang tular di laman Instagram: