“Tangan saya kena cucuk hari ni. Dah reti menangis dah Ainul lepas kena cucuk.”

Kisah perjalanan hidup adik Ainul Mardhiah pastinya menjadi perhatian seluruh warga Malaysia.

Ainul yang elah selamat menjalani pembedahan di UK sebelum ini telah berada di Malaysia di bawah pemerhatian doktor.

Menerusi kemaskini terbaru ayahnya di laman Instagram, Ainul kini sudah pandai memberi reaksi menangis apabila tangannya dicucuk jarum.

“Tangan saya kena cucuk hari ni. Dah reti menangis dah dia lepas kena cucuk. Dulu dia diam je kalau kena apa-apa.”

 

View this post on Instagram

 

Tangan saya kena cucuk hari ni. Dah reti menangis dah dia lepas kena cucuk 🤣 Dulu dia diam je kalau kena apa-apa.

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

Ahmad Safiuddin juga menceritakan semula detik-detik Ainul dilahirkan dan pembedahan yang Ainul jalani.

Ayahnya bercerita bagaimana kali pertama Ainul melihat dunia. 

Dua bulan ainul dalam inkubator. Ini adalah kali pertama kendong ainul setelah dua bulan dia melihat dunia.

Gembira jangan cakap lah. Memang Allah sahaja tahu.

Waktu ni, tumornya yang kedua belum keluar dan kami tidak tahu. Happy sangat waktu ni sebab dah tak sabar nak bawa ainul balik ke rumah setelah dua bulan kami berulang-alik Melaka-KL.

9 Hari dalam NICU Melaka

Ainul lahir di melaka, tapi disebabkan dia lahir dalam keadaan dirinya sedikit diuji (baca: bersama ketumbuhan), setelah 9 hari ainul dalam Nicu Melaka, segera dipindahkan ke KL untuk pembedahan.

Ainul operate kali pertama ketika usianya 10 hari dengan beratnya ketika itu 1.3kg. Kecik je anak walid waktu tu. Tapi tak sangka semangatnya tinggi!

Lebih 3 bulan Ainul di Hospital

Dari hari ke 10, sehingga hari ke 68 dia di HKL selepas itu dihantar semula ke hospital asalnya di melaka. Ainul sambung lagi duduk di hospital melaka untuk sebulan.

Total lebih kurang 3 bulan ainul di hospital dan selama 3 bulan itu juga kami berulang-alik. Dua bulan pertama, Melaka-HKL. Sebulan terakhir di Hospital Melaka.

Ainul balik rumah ketika usianya 3 bulan. Happy. Happy yakmat! Tapi sebelum dia balik, sekali lagi kami dapat tahu ketumbuhan itu keluar semula.

Jatuh terduduk

Happy tu hilang. Lost betul waktu tu. Ya, jatuh terduduk. Hilang punca. Dalam benak fikiran, ” Kenapa kami, Tuhan? ” .

5 bulan ainul di rumah dengan ketumbuhan tersebut. Dua bulan kami berulang-alik ke HKL untuk rawatan kimoterapi.

Memang waktu itu kehidupan tidak teratur. Terkejar ke sana dan ke sini. Dengan keadaan ainul yang semakin hari semakin merunsingkan hati kami.

Waktu itu kami tiada siapa kecuali Tuhan.

Redha

Waktu itu kami mula muhasabah diri. Tanam dalam fikiran dan hati, ada orang lebih teruk diuji. Jalan je ke depan, anggap ini satu proses Tuhan nak mematangkan kami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on