Serik Amal ‘Diet Air Mineral’ Sampai Tangan Jadi Pucat Biru, Gadis Kini Makan Nasi Lemak Waktu Pagi

Setiap wanita pastinya mengimpikan berat badan yang ideal, tetapi untuk menurunkan berat badan bukanlah satu proses yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhan dan tekad daripada individu itu sendiri.

Ramai yang tewas di tengah jalan dan impian untuk kurus itu hanya tinggal impian.

Memiliki berat badan ideal tak semata-mata agar penampilan terlihat cantik. Lebih dari itu, berat badan ideal biasanya jadi salah satu indikator tubuh yang sehat.

Sama juga seperti wanita ini yang menginginkan badan lansing namun akibat ‘tersalah percaturan’ dalam mencapai impian tersebut, wanita ini menerima padah dan akhirnya kisah ini menjadi pengajaran buat semua.

Memetik laporan mStar, wanita yang lebih dikenali sebagai Nurin Jamaluddin berkongsi pengalaman apabila tapak tangannya berubah menjadi biru pucat gara-gara mengamalkan diet yang agak ekstrem.

“Saya nak turunkan berat badan kerana banyak baju tak muat dan juga rasa memang patut diet sebab berat badan makin hari makin naik.”

“Saya tak consult dengan mana-mana orang pun (coach). Hanya ikut cara diet sendiri je. Saya ajar diri untuk tak makan kemudian setiap hari jadi terbiasa.”

“Tambah-tambah lagi masa mula diet tu, saya baru nak start kerja jadi memang tak kisah la pasal makan ni sebab sibuk kerja. Memang berhenti terus makan waktu tu. Pergi kerja hanya bawa air mineral.”

“Saya hanya ambil makanan pada waktu petang. Saya ambil nasi, itu pun dalam portion yang kecil,” cerita gadis berusia 20 tahun ini.”

Menurut Nurin, selama lima bulan dia mengamalkan kaedah tersebut, berat badannya turun dari 69 kilogram (kg) kepada 55kg.

Namun ketika dia mengamalkan perkara tersebut, tragedi hitam yang berlaku pada Mac itu secara tidak langsung menyedarkan Nurin bahawa apa yang dilakukannya itu sma sekali tidak betul dan tidak sihat.

“Kejadian itu berlaku pada 20 Mac 2021. Jari saya jadi biru pucat. Saya rasa sebab tak makan langsung… saya hanya minum air mineral.”

“Mujurlah tak lama pun…. petang tu jadi biru dan berlarutan sampai malam. Bangun esok tu dah perlahan-lahan hilang sebab malam tu makan je banyak-banyak sebab dah agak dah jadi macam tu sebab tak makan.”

“Sudah tentu perasaan waktu jari biru tu memang takutlah. Sebelum tangan jadi macam tu, berat memang dah banyak turun. Selepas kejadian itu, saya berhenti diet sebab berat pun dah turun,” ujarnya yang menjalankan bisnes secara dalam talian.

“Alhamdulillah lepas kejadian tu saya okay. Saya masih diet lagi selepas itu tapi tidaklah sampai tak makan terus. Kalau rasa lapar, saya ambil roti… kalau dulu, saya minum air mineral saja jika lapar.”

“Tapi sekarang saya tak diet macam tu dah. Berat badan pun perlahan-lahan naik semula… pagi-pagi makan nasi lemak saja.”

Dia juga sempat menasihatkan orang ramai yang mempunyai masalah berat badan agar tidak mengamalkan diet yang salah.

“Nasihat saya kalau ada yang nak kurus tu, tolonglah ikut cara yang betul. Jangan amalkan diet yang salah… nanti menyesal kemudian hari,” kata gadis yang berasal dari Terengganu ini lagi.

Video yang tular di TikTok:

@nurinjamaluddin__Takut sangat time ni tibe2 tangan jadi berubah warne 😭

♬ suara asli – sadvibes🥀

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 202.6K tontonan, 7681 tanda suka, 107 komen dan 95 perkongsian di laman TikTok.