Tampil Berkerusi Roda Dalam Sepahtu Reunion, Ebby Yus Kongsi Keadaan Sebenar

Nama pelawak tanah air popular, Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid ini sememangnya cukup dikenali ramai malah boleh dikatakan bakat yang ada pada figura ini cukup luar biasa dan tiada tandingannya.

Bukan itu sahaja, kemunculannya dalam drama, filem mahupun mana-mana rancangan hiburan pasti membuatkan penonton tidak kering gusi.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, baru-baru ini keadaan Ebby Yus ketika siaran lansung Sepahtu Reunion Live Tour dilihat tidak berapa sihat kerana tampil dengan berkerusi roda namun kesungguhannya untuk memberikan hiburan kepada penonton-penonton telah menerima pujian ramai.

Memetik laporan mStar, Ebby Yus menjelaskan bahawa kakinya itu telah terpelecok ketika ingin keluar bekerja. Oleh kerana itu dia terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda untuk bergerak.

“Pada awalnya saya jatuh terpelecok ketika hendak keluar bekerja tetapi saya tidak dapatkan rawatan meskipun sudan mula rasa sakit ketika itu. Seminggu selepas itu, keadaan kaki bertambah teruk dan ketika itulah saya dibawa ke hospital…” katanya.

Susulan perkata tersebut, Ebby Yus mengatakan dia telah mendapatkan rawatan dan turut ditahan di wad pusat perubatan Kuala Lumpur selama empat hari. Dalam pada itu, pelakon yang berusia 57 tahun ini juga memberitahu tetap meneruskan kerjanya seperti biasa.

“Ketika itu saya memang tak boleh berjalan lagi, jadi saya minta izin untuk guna kerusi roda.Balik sahaja daripada program berkenaan, saya jatuh pengsan dalam bilik air… mungkin kerana terlalu banyak berjalan, saya seolah-olah memaksa kaki untuk memijak…” tambahnya lagi.

Meskipun keadaan kakinya belum pulih sepenuhnya, Ebby tetap menyertai acara jelajah bersama Sepahtu ke Johor walaupun pihak produksi memintanya untuk berehat.

“Apa yang anda lihat saya berkerusi roda di Instagram adalah kerana ingin mengurangkan berjalan disebabkan kaki belum pulih sepenuhnya. Tetapi Insya Allah pada malam ini (Jumaat) saya akan beraksi tanpa kerusi roda. Alhamdulillah, saya kini sudah boleh berjalan…” ujarnya.

Sementara itu, pelawak ini memberitahu masih memerlukan rawatan lanjut dengan kakinya serta melakukan pemeriksaan kesihatan lain seperti jantung dan buah pinggang.

Dalam pada masa yang sama, Ebby juga memohon doa ramai agar diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan kerja.

“Tempoh hari bacaan buah pinggang saya tiba-tiba naik mendadak dan ia agak membimbangkan tapi Alhamdulillah selepas buat imbasan, bacaan itu turun semula…Mudah-mudahan saya minta izin daripada Allah dan orang ramai untuk mendoakan kesembuhan saya bagi mempermudahkan segala urusan kerja…”

“Saya masih ada beberapa tugasan yang perlu diselesaikan dan insyaAllah selepas ini saya akan mengambil masa untuk berehat…” jelasnya lagi.