Tak Kekok Layan Pesakit Kanser, Personaliti Fazura Raih Pujian Netizen

Sebagai individu yang bergelar selebriti kita tidak dapat nafikan gerak geri, tingkah laku dan penampilan mereka ini sentiasa diperhatikan oleh golongan netizen.

Jika silap sedikit, pasti ada sahaja perkara yang hendak dikecamnya di platform media sosial.

Iospital phone repair gombak

Sama juga kisahnya dengan pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura ini yang sering mencuri tumpuan ramai malah gelagatnya bersama suami Fattah Amin sewaktu siaran langsung promosi tudungnya di TikTok juga turut menghiburkan serta membuatkan ramai senang melihatnya.

Terbaharu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Binti Sharifuddin ini telah menarik perhatian warga maya ketika menghadirkan diri untuk mengunjungi pesakit kanser di Institut Kanser Negara.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @n4dia.hassan ini, memaparkan pelakon itu tidak dapat menahan sebak apabila sedang melawat seorang pesakit dan beramah mesra serta melayani staf-staf di institut berkenaan.

“Inspirasi sangat tengok Fazura… semoga Allah terus jaga Faz…” tulisnya di ruangan kapsyen.

Walaupun dikenali sebagai selebriti paling disegani malah mempunyai nama yang agak besar dalam dunia seni namun Fazura dilihat langsung tidak kekok melayan pesakit serta pekerja di Institut Kanser Negara tersebut malah perkara yang dilakukannya itu cukup membuatkan orang ramai kagum.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan pelbagai reaksi apabila melihat video itu kerana terpegun dengan sikap dan perwatakan yang baik dalam diri Fazura.

Bukan itu sahaja, ada juga yang menitipkan doa buat pesakit-pesakit tersebut agar diberikan kekuatan.

Malah mereka turut berharap dapat berjumpa dengan isteri Fattah Amin ini kelak dan mendoakan agar urusannya sentiasa dipermudahkan.

Antara komen warga maya:

“Semoga Allah angkat sakit buat mereka, diberikan kekuatan mengharunginya & dipermudahkan segalanya…”



“moga fazura dan fattah bahagia hingga ke syurga…”


“makin bertambah cantik Fazura sejak berhijab ni…”


“memang you berjiwa rakyat lah baik sangat pada saya dah lah cantik semoga allah membalas kebaikanmu fazura…”


“bila saya dapat berjumpa dengan fazura…”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@n4dia.hassan Inspirasi sangat tengok Fazura 💖 semoga Allah terus jaga Faz 🌹#fazura #fattzura #fattahamin #kanserfighter #loveyourself #fyp ♬ original sound – Dani Sylvia