Bawa Anak Usia 4 Hari Keluar, Penampilan Dr Amalina Masih Bertenaga Undang Perhatian Netizen

Terdahulu, seorang pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri yang juga berkhidmat sebagai doktor di London ini telah selamat melahirkan anak sulung perempuan di Hospital St Thomas’ dan turut berkongsikan gambar serta wajah anaknya di laman Instagram.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, Dr Amalina telah mencuri perhatian ramai apabila memuat naik beberapa foto bersama cahaya matanya, Arabella Mia semalam.

Menerusi hantaran tersebut, memaparkan gambar anaknya yang berada di dalam kereta sorong bayi yang dibaluti selimut serta memakai topi beruang ketika bersiar-siar buat pertama kali sambil menikmati udara segar.

“Bella selesa dalam kereta bayinya yang dibaluti selimut dan topi beruang comelnya. Pada usia empat hari, dia pertama kali berjalan dengan mummy dan daddy…” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meskipun baru melahirkan dan usia anaknya itu baru memasuki 4 hari, kelihatan penampilan Dr Amalina masih sihat serta bertenaga walaupun masih lagi dalam tempoh berpantang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kagum dengan Dr Amalina kerana dilihat masih kuat bejalan-jalan daripada rumah tanpa menunggu tempoh berpantangnya tamat.

Bukan itu sahaja, ada yang turut mengucapkan ucapan tahniah kepadanya dan sempat memuji kecomelan anak perempuanya, Arabella Mia.

Malah segelintir daripada mereka yang pernah berpantang mengatakan masa 4 hari itu masih berada di rumah serta mengikut kaedah pantang orang lama-lama seperti memakai kain batik, wheelchair dan sebagainya.

Antara komen warga maya:

“dia doktor…dia lebih tahu tentang kesihatan diri dia…sudah-sudah lah yang busy dok tanya pantang ke tak…doa yang baik-baik saja…”


“dalam pantang pun lawa…kalau aku muka dah macam kena tampar setan…”

“me 4 days? at my moms place, dress winter outfit walaupun summer hangat pijorrr…”

“4 hari…kita 44 hari dalam rumah lagi…tak keluar kecuali pergi klinik…tak ikut pantang nanti orang tua bising…”


“kagum dengan dr sebab after 4 days u kuat untuk jalan…me both pregnancies normal and czer but i’m still very week…tahniah…”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)