“Takyah cari, memang tak ada tangan” Pemuda Cina Kagum Rider Gigih Cari Rezeki

Satu kisah telah tular mengenai kegigihan seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja sebagai penghantar makanan.

Kisah ini dikongsi seorang pemuda di laman Facebook mengenai seorang penghantar makanan GrabFood yang menghantar pesanan minuman di hadapan rumahnya.

Menurut Edmund Gan disebabkan musim Covid-19, beliau meminta penghantar makanan tersebut meletakkan sahaja minuman itu berdekatan pagar rumah sebelum keluar mengambilnya.

Adik boleh tolong angkat

Namun begitu, tiba-tiba penghantar makanan berkenaan memanggilnya untuk memohon bantuan.

Alangkah terkejutnya pemuda berbangsa Cina itu apabila melihat penghantar makanan tersebut kudung kedua-dua tangan.

“Adik boleh tolong angkat? Abang ni tak dapat buat”

Tak payah cari, memang sudah tiada (tangan)

“Masa tu saya jadi kaku sekejap sambil mata terus memandang”.

Lalu melihat pemuda cina ini seakan mencari sesuatu, penghantar makanan tu pun memandang dan memberitahu saya.

“tak payah cari, memang sudah tiada (tangan),” ceritanya.

Meminta pertolongan untuk keluarkan minuman dari dalam beg

Apabila melihat dengan mata sendiri, baru beliau sedar itulah sebabnya penghantar makanan tersebut meminta pertolongannya untuk mengeluarkan minuman dari beg GrabFood berkenaan.

Menurut Edmund lagi, beliau kagum dengan kesungguhan dan kecekalan penghantar makanan itu.

Walaupun serba kekurangan namun berusaha sendiri dalam mencari rezeki walaupun mengalami kecacatan fizikal akibat kemalangan sewaktu kecil.

Semoga cerita ini menjadi inspiradi dan contoh untuk orang ramai dan diharap kita saling bantu membantu antara satu sama lain.