“Takpelah, bagi jiran jelah” Gadis Hairan Pekerja Mamak Tiba2 Hulur Gula2, Mungkin Ada Udang Di Sebalik Batu

Menerima barangan percuma dari kedai yang sering kita kunjungi memang sudah menjadi ‘culture‘ yang digemari oleh orang Malaysia. Selain itu, memberi barang percuma juga adalah sebahagian daripada strategi tuan kedai untuk mengekalkan pelanggan.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, pemberian itu kadang kalanya tidak kena dengan cita rasa pelanggan secara tidak langsung terbit rasa hairan di kepala seseorang individu tersebut.

Seperti yang tular di TikTok baru-baru ini di mana seorang gadis, @farahzkefli telah dihulur satu pek gula-gula getah dan gula-gula perisa kopi, Kopiko, menimbulkan pelbagai persepsi netizen.

Menurut gadis itu, dia pelik kerana salah seorang pekerja mamak yang dikunjunginya tidak semena-mena memberikannya gula-gula percuma.

Komen seorang pengguna TikTok, mungkin mamak itu tiada duit baki yang mencukupi untuk diberi dan kemudiannya menggunakan gula-gula berkenaan sebagai gantinya.

Pun begitu, gadis itu menjelaskan ketika dia dihulur ‘makanan’ percuma itu, dia sedang berada di meja makan sambil berborak dan bukanlah ketika ingin membayar di kaunter.

Walaupun rasa aneh dan hairan, gadis itu tetap menerima pemberian daripada pekerja tersebut walaupun berasa seperti dilayan sebagai anak kecil.

“Dia ingat aku ni budak-budak ke? Haha” tulis gadis ini di ruangan kapsyen.

Katanya lagi, dia berniat untuk memberikan gula-gula itu kepada jirannya. Barangkali dia berasa ragu-ragu dengan niat baik pekerja berkenaan.

Ketika meneropong ke ruangan komen, pelbagai pandangan yang dibuat oleh netizen. Ada juga yang berkata mungkin kerana gadis itu kelihatan lesu oleh itu dia memberikan gula-gula getah untuk refresh semula dirinya.

Selain itu, mereka mengandaikan mungkin sahaja kerana ingin gadis itu menghilangkan bau makanan daripada mulut selepas selesai makan.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Kadang2 kat kedai mamak derang takde change so bg cekelat. Chewing gum tu untuk awet muda. Kopiko tu sedap.”

“taknak bagi saya lah kak”


“nasib baik mamak tu tak bagi lolipop”

“Mgkn dia tengok awak lemau je pastu mgkn mulut berbau. Tu dia bagi gula2 kopiko dengan chewing gum kasi segar bugar. Baik ada makna!”

“dia bagi nk.suruh hilangkan bau makanan dlm.mulut”

Video yang tular di laman TikTok

@farahzkefli Dia ingat aku ni budak2 ke? Haha #fypシ #tiktokmalaysia🇲🇾 #mamak ♬ original sound – anne